Assalamualaikum semua.....Nostalgia.....kenangan yang tak dapat ku lupakan seumur hidup ku semasa berada di dunia ini. Ini lah kampung akak di sini lah akak mandi manda semasa zaman kanak-kanak dulu. Sungguh seronok bila mengimbau kembali saat-saat manis bermandi manda bersama sepupu, emak saudara dan rakan-rakan sekampung. Kami berkubang! Kini hanya tinggal kenangan sahaja.....baru-baru ni akak balik kg kerana ada kenduri kawin sepupu akak. Tapi sekarang di kg ini sudah byk berubah. Air parit tali air ni sudah tidak digunakan untuk mandi manda lagi hanya digunakan untuk salirkan ke sawah padi je. Kerana di kg ini telah ada paip air dan talian elektrik. Byk kemudahan telah disediakan. Jika dibandingkan dahulu lampu pun pakai pelita sumbu dan lampu geslen. Terbayang-bayang wajah atok Samad yang sedang memasang lampu geslen tu di muka pintu sewaktu Magrib. Kami cucu2 semua dok keliling lampu tu tgk atok pasangkan. Sungguh mengguris hati ini.....Tapi sekarang dah jadi sejarah dan kenangan org2 yang kita sayang semua dah tak ada lagi....rindunya membara hanya tuhan saja yang tahu....hanya dapat menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita semua.
Permandangan di kg akak ni mmg cukup menarik sekali dikelilingi sawah padi....teringat semasa kecil dulu akak dan sepupu2 serta mak sedara dok nyanyi2 lagu Seruling Anak Gembala dendangan Jeffry Din tu.....dah tak berapa igt lirik nya....Di lembah sungai nan indah... terdengar suara memecah melayang bunyi bunyi seruling... kala senja hening.... gembala meniup lagu berteduh di rumpun bambu... dgn tak merasa jemu....menghilangkan rindu....Sawah luas terbentang hijau nan menawan jauh pandangan di situ tempat permainan. Disitu tempat dilahir di mana aku dan dia memadu kasih asmara akhirnya berpisah.....
Hah tu dia...kenangan mengusik jiwa....Jom layan gambaq...
Kat belakang rumah tok akak ni ada sungai. Sungai Kerian namanya. Sg ini sgt besar, boya pun ada. Semasa kecik dulu akak pun ada juga pi mandi kat baruh tu. Tapi selalu kena marah dengan Pak Long dan mak akak kerana takut lemas dalam sungai tu. Kadang2 kami pi naik sampan ikut sungai tu cari buah putat untuk dibuat ulam. Sedap buah putat makan dgn sambal kelapa sedap....Kami juga cari buah nipah mmg sedap makan buat air gula dan campur dgn buah nipah dan ais. Budak2 zaman sekarang mana tahu semua ini. Mereka dah tak kenal pun buah putat ke buah nipah ke. Itu lah budak zaman moden ni hanya kenal komputer jer. Akak selalu balik kg ni semasa akak cuti sekolah. Sebab akak sekolah kat Penang. Jadi bila musim cuti sekolah je atok akan datang amik akak utk balik kg ni. Best kan bila teringat masa dulu dulu....seronok sgt2...
Dari kiri Makndak, Mak akak, Makcik dan Maktam. |
Itu lah serba ringkas citer tentang kg akak. Kalau nak citer mmg banyak kenangan2 manis yang ada. Tapi tu semua dah jadi sejarah dan kenangan. Akak pun sekarang balik kg hanya setahun sekali semasa hari raya. Kalau ada kenduri kendara dan kematian baru balik. Jangan lah kita ni sibuk berkerja sampai tak ingatkan kampung halaman kita. Akak selalu juga berpesan pada anak2 akak supaya mereka sering balik ke kg untuk kenal dgn sedara mara. Bila kita dah tak ada nanti lagi lah mereka tak kan balik buat selama2nya. Akak tak mahu mcm tu. Sbb kg ni mmg sukar untuk dilupakan jasanya pada kita. Dari kg juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Renung renungkan lah....ok lah hga jumpa lagi di lain entry.....bye....