Assalamualaikum semua....hari ni 15 Jan 2014 jabatan akak mengadakan jamuan perpisahan untuk akak sempena akak kena bertukar ke jabatan yang lain. Alhamdulillah rezeki dari Allah juga. Sedih pun ada gembira pun ada juga. Sedih sbb nak tinggalkan sahabat2 akak yang dah lama akak berdampingan mesra dgn mereka. Gembira pun ada juga sbb dah naik pangkat weh. Akak rasa jabatan ni lah yang paling singkat akak berkhidmat tak sampai 3tahun pun dah kena tukaq. Tapi akak ni dah mmg boleh nak pencen dah pun sbb dah berkhidmat dgn kerajaan ni hampir 30tahun dah. Syukur kepada Allah yang sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada akak ni. Berkat doa ibu, bapa serta suami dan famili akak juga. Akak berterima kasih kepada mereka yang faham dgn kerjaya akak ni.
Dikesempatan ini juga ingin akak mengucapkan terima kasih kepada pegawai2 atasan akak yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan berkerjasama semasa akak bertugas di jabatan ini. Kepada staff akak yang lain akak juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa dan perilaku akak yang tidak disukai oleh anda semua. Mudah2an anda semua berjaya dlm kerjaya masing2. Sekian dahulu coretan serba ringkas akak ni. Semuga berjumpa lagi di lain entry......bye.....