Selasa, 19 November 2013

AUTUMN IN TOKYO (DAY 2)



Assalamualaikum semua...destinasi akak hari ni nak pi Hakone. Sebuah kota yang terletak di Barat Daya Tokyo. Pagi2 kami semua dh sarapan pak Brahims dalam bilik masing2. Dah kenyang terus hantar beg kat lobi beg yang nak dihantar ke Apa Hotel esoknya. Borang semua dh siap isi dan dah buat bayaran pun. Selesai satu bab. Lega beg besaq2 ni tak payah nak usung pi mai pi mai....Pas tu apa lagi beposing la kami pg tu kat depan hotel penginapan kami tu. Sekejap je kami tinggal kat sini lebih kurang 7jam je. Jam 7pg kami dah cabut sbb nak kejar train pi Hakone ni dan mlm ni kami akan bermalam di K's House Mount Fuji dah siap buat booking dgn booking.com. Hakone ni jauh sikit naik train lebih kurang 1jam 40minit. Tak tau lagi apa ada kat sana dan macamna route dia. Jom layan gambaq sat....





Pas tu kami bejalan kaki pi Kamata Stesen dlm masa 5minit sampailah. Mula2 kami kena beli suica kad dulu. Nori Roppongi kata. Baru senang nak jenjln. Kami tanya orang macamana nak beli dan buat suica kad ni. Alhamdulillah org yang jaga kat situ tolong buatkan. Mula2 kami semua x berapa reghti sgt nak buat lepas tu dah teror le....Kami beli sorg 2000yen(RM60) dulu nti boleh topup. 500yen(RM15) dia akan tolak utk caj kad tersebut. Kad ni boleh guna utk shopping pun buleh. Utk naik bas pun boleh tapi kena ada duit la dlm kad tu. Bila nak balik kat aipot nti bule claim balik. Senang kan. 





Akak dan kengkawan mula la aktiviti naik keretapi ni dari Kamata Stesen utk ke Shinjuku. Mula2 kami pi kena pi ke Shinagawa stesen dulu pas tu tukaq train dan line pulak guna Yamanote Line(Outer Loop). Ha ni tak reghti nak citer la korang boleh tgk kat Nori Roppongi nyer blok dia lagi teror. Kita org ikut route Nori je. Masa habis kat sini lebih kurang setengah jam utk sampai ke Shinjuku. 

 





Lepas tu cari Odakyu Sightseeing Service Centre utk beli tiket Hakone Freepass for unlimited usage. Kami beli utk 2h Hakone Freepass ni dengan harga 5000yen(RM150) lebih kurang le sbb naik dari Shinjuku. Kami naik Odakyu Limited Express Romancecar direct pi Hakone-Yumoto.








Hakone merupakan tempat pelancongan yang menarik. Di situ terdapat Lake Ashi yang boleh kita naik cruise dan lihat gunung fuji dari jauh. Sampai Hakone-Yumoto kami buang apa yg patut. Dan begambaq sakan kami no sbb dtg tempat org sekali seumuq idup jd nak jdkan kenangan kena amik gambaq la no. Dari sini kami gunakan sepenuhnya Hakone Freepass kami tu yang boleh guna utk 7 jenis transpot. 

 
Hakone Tozan Train
 
Over a leisurely 40 minutes, the train switches back three times as it climbs the steep mountain slopes to its final destination of Gora. The line was built fully taking into account the plant and animal life of Hakone, which is registered as a national park; the superb views from special points, especially from the Deyama Bridge, looking down 43m to the riverbed are breathtaking, and the scenery visible from the train windows is simply magnificent, with the beautiful seasonal plants and flowers blooming right beside the track. Cherry blossoms in spring, and red and yellow leaves carpeting the mountains in autumn.


Hakone Tozan Cable Car
The Hakone Tozan Cable Car is 9 minutes of heaven and connects the town of Gora, with its many hot springs (onsen), and a popular sightseeing spot, with Sounzan Station. The large viewing windows of the cable cars give a scenic panorama of the Hakone mountains and beyond, including Mount Kami and Mt. Myojyogatake which is known for its popular Daimonji-yaki Bonfire. Four stations are located between Gora and Sounzan. Along the way are Hakone Gora Park, with its beautiful fountain, and the Hakone Museum of Art, which specializes in pottery, and many other attractions. Enjoy a ride on the Hakone Tozan Cable Car using the economical Hakone Freepass.
 The trip from Sounzan to Togendai on Lake Ashi only takes about 30 minutes, but the large windows of the Swiss-made cabins are designed to allow visitors to fully appreciate the sweeping panorama of Hakone's unspoiled natural settings, such as the beautiful calm waters of Lake Ashi, magnificent Mount Fuji, and the volcanic clouds from Owakudani. The Hakone Ropeway is even in the Guinness Book of World Records as the "Busiest Gondola Lift in the World" for carrying the most fare paying passengers in the world.
  The Hakone Sightseeing Cruise links Togendai with Moto-Hakone-ko and Hakone-machi. With the Hakone Freepass, you can hop on and off anywhere along the way, so why not take time and visit such attractions as the museums, hot springs (onsen) and historic sites located by the lake shore? In fine weather, passengers are treated to a particularly fine view of Mount Fuji, and can enjoy Hakone's rich scenery lazily reflected in the lake's calm surface.
 
Hakone Tozan Bus routes cover a wide area linking many access points in Hakone with Odawara, Hakone-Yumoto, Gotemba and Numazu, and are the main form of transport in the Hakone area.

In addition, the Tourist-facilities Round Bus routes operating with retro themed cars call at museums and attractions in Sengokuhara and Gora, providing convenient access for sightseeing. The specially designed cars are equipped with a glass roof for even greater enjoyment of Hakone's natural scenery.

The Odakyu Hakone Highway Bus runs on the Shinjuku-Hakone, and Haneda Airport-Yokohama-Hakone routes. All seats are reserved, and all buses are equipped with toilets. This route is highly recommended for those wishing to take a day-trip to Japan's premier hot spring resort of Hakone in comfort.







Mula2 dari Hakone-Yumoto kami naik ketapi ni. Nama dia Hakone Tozan Train. Ketapi jenis lama. Best juga naik ketapi ni dapat lihat keindahan alam semulajadi musim luruh dilereng2 bukit yang indah memukau. Yang paling bestnya driver ketapi ni dok cerita mcm2 dlm bahasa Jepun tapi sepatah haram kami tak faham pun. Bila time org gelak kami gelak juga lah.....hah...ha...ha...ha...Kami heran ketapi ni sat2 berhenti sat2 berhenti....3x berhenti no....ooo bila dia berhenti tu ada ketapi selisih dan ada nak tukaq route lain.Sampai ke satu tempat driver ketapi ni berhenti dan suruh sapa2 pelancong turun dan begambaq dengan dia. Hmmm akak amik kesempatan juga turun bergambaq buat kenangan kan. Setelah lebihkurang 40minit kami sampai di Gora. 







Ni la driver ketapi tu...hensem la jugak kan....
Subhanallah.....cantiknya.....



Dah sampai Gora ni kami amik train lagi. Nama train ni Hakone Tozan Cablecar untuk pi ke Sounzan. Dalam masa lebihkurang 10minit sampai Sounzan. Dari Sounzan kami naik Hakone Ropeway pulak. Lepas 10minit sampai satu stesen kami turun di Owakudani. Kat sini kami jenjalan dan buang apa yang patut. Lepas tu kami cari orang yang juai keledek tu macam Nori cerita dalam blog dia. Kami pun jumpa dgn si penjual keledek ni yg terus bagi salam pada kami. Kami tanya dia dari Maldives dah kawin dgn org Jepun dan ada anak 2 lagi. Kerja dia mmg jual keledek je. 







Owakudani dalam bahasa Inggerisnya "Great Boiling Valley" yang terletak di salah satu bukit tertinggi di Hakone. Di sini terdapat kawah gunung berapi 3000 tahun dahulu yang masih berasap dengan belerangnya. Terdapat juga kolam air panas yang boleh direndam telur hingga hitam diselaputi belerang hitam. Depa kata teloq tu sgt2 berkhasiat. Org Jepun panggil tempat gunung berapi ni "Lembah Neraka". Tempat ni lah yang akak tgu2 sbb nak tengok gunung Fuji dari dekat. Malang sekali rezeki akak tak ada. Gunung Fuji tu malu kat akak jadi dia tak kuar kuar. Menyorok je di sebalik awan yang tebal berkabus. Hati rasa keciwa juga. Tapi ku pujuk hati ini utk tdk terus keciwa sbb besok In Sya Allah di Kawaguchiko akak akan keluar seawal pagi utk lihat gunung yang istimewa ciptaan yang maha esa ini.








Kami tak nampak pun gunung Fuji yang malu kat kami. Mmg tak dak rezeki kami hari tu mmg tak nampak Gunung Fuji pun. Berkabus kot. Jeles juga kat Nori sbb dia boleh amik gambaq gunung Fuji tu dgn cantik sekali. Hmmm tak dak rezeki kami. Allah lebih mengetahui.....Kat sini kami lapaq terus beli keledek bakaq ni.  Akak beli yang medium RM12 sama ngan 400yen. Memang sedap sgt dan terlalu manis macam dicelup gula. Tapi sebenarnya mmg original manis nya. Awesome. Si penjual keledek bakaq yang snap foto kami berenam.




Selepas makan keledek kami tanya pada Si penjual keledek tempat solat sbb kami nak solat. Sungguh baik hati Si penjual keledek ni membawa kami ke satu tempat dan tunjukan kepada kami tempat parking yang tersorok yang selalu org muslim solat kat situ. Selepas itu kami bergegas ke tandas dan mengambil air sembahyang dalam bilik air OKU. Terlihat oleh kami sebuah bilik untuk menyusu baby yang kosong dan besar juga. Lantas kami pun buat keputusan terus solat dalam bilik tersebut bergilir2. Kami kena cepat utk kejar Hakone Ropeway utk ke Togendai-Ko pula utk meneruskan aktiviti kami iaitu Hakone Sightseeing Cruise. Jom layan gambaq.....

Si penjual keledek








Tepat jam 15.40 kami pun belayar lah dgn kapal lanun ni....mengelilingi tasik Ashi yang indah ini. Tasik Ashi(Ashi - No - Ko) bermakna tasik buluh dlm bahasa Jepun. Ashi bermakna rantai dan Ko bermakna tasik. Tasik ini merupakan tasik daripada kawah gunung berapi.Tasik ini amat popular kerana mempunyai permandangan berlatar belakangkan Gunung Fuji yang sungguh cantik sekali. Tapi malang nya kami semua tidak ada rezeki utk melihat kejadian Allah swt ini ketika dalam cruise ini kerana Gunung Fuji teramat malu utk menampakkan kelibatnya.












Kat sini lah boleh nampak gunung Fuji.
Bila hari dah senja kami masih atas kapal lanun tu. Tak dpt tgk gunung Fuji pun tak pa dapat tgk sunset yang sungguh cantik dan indah sekali. Selama 40minit belayar kami sampai semula kat Togendai-Ko. Kat Jepun ni jam 5ptg dah Magrib dah gelap. Kami mula teringat ttg catatan Nori kena sampai Gotemba sebelum jam 7.30mlm. Hakone Tozan Train dan Hakone Tozan Cable Car semua akan tutup jam 5.15ptg. Mula la kami gelabah semacam takut terlepas ketapi bagai. Maklumlah org lain muda2 boleh berlari mengejar train tapi kami ni dah separuh abad bejln pantas pun penat jugak. Agaknya org2 yg naik kapal lanun dgn kami ni depa bermlm di sini. Sbb yg nk balik hanya beberapa orang sahaja. Kami berlari2 anak menaiki ropeway ke Owakudani dan seterusnya ke Sounzan. Sampai Sounzan terus naik Hakone Tozan Cablecar yang siap2 menunggu untuk ke Gora sbb semua train dan ropeway yg kami naik tu semua yang last trip. MasyaAllah.....kami dah lewat.....


Sesampai di Gora kami tanya stesen master kat situ kami nak pi Gotemba. Jawab stesen master tu bas dah tak ada, kena naik taxi la. Bygkan teksi mesti mahal sgt2 tambah pula dah gelap gulita. Sungguh baik hati stesen master tu terus pi tempat stesen taxi yg berhampiran dan bertanyakan kpd pemandu taxi menyuruh hantar kami ke satu tempat perhentian bas laluan highway bas. Dan caj sebuah taxi 1000yen shj katanya. Kami bersetuju dan kami diterangkan supaya menunggu bas highway di situ utk ke Gotemba. Kami perlu ke Gotemba utk menaiki bas ke Kawaguchiko Station utk ke K's House Mount Fuji utk bermlm di situ.

Kami amik 2 buah taxi. Pemandu taxi sgt2 freindly. Mereka pun bergegas menghatar kami ke bus stop tersebut. Setelah naik taxi dalam 15 minit alangkah terkejutnya kami apabila taxi itu menghantar kami dan berhenti di satu tempat yang gelap gelita dan org pun dah tiada. Gelap jgn dikata lah mmg gelap gelita. Kami disuruh turun dah sampai kata nya. Dalam bahasa dia lah percakapannya. Kami tercengang2 sesama sendiri terus turun dan bayar harga taxi yg dicaj lebihkurang 1200yen. Kami bertanya lagi mana bas? Pemandu taxi tu bawa kami lintas jalan dan menyuruh kami tgu bas di situ. Kami tgk kat tiang bus stop tu bas akan sampai lg 10 minit dan no bas pun ada sekali utk ke Gotemba. Hah baru rasa lega sikit. Kami sangkakan stesen bas kat situ rupanya bus stop je. Bantai gelak la kami.....Tepat 10minit bas pun sampai dan kami naik dgn senang hati. Lebih kurang 40minit kami sampai ke Gotemba Station. Masa tu dah lebih jam 7.30mlm. Jadi kami tak boleh tepon hotel utk amik kami kat station tersebut.

Turun bas terus masuk information centre tanya pula nak amik bas ke Kawaguchiko Station. Petugas di situ kata dah habis. Allahuakbar....kami tanya pula kalau kami naik taxi. Dia kata dalam 10000yen. Kami semua tak setuju mahal sgt. Kami keluar dan terjumpa dgn rakyat Singapura yang ramah menyoal kami hendak ke mana? Kami pun bagitau nak pergi ke Kawaguchiko. Huh jauh tu katanya kenapa lewat sgt. Kami lewat sbb di Hakone tadi melente lente sgt bersantai2. Org Sporetu nasihatkan kami supaya jgn amik taxi mungkin caj dia lebih dari 10000yen. Jadi dia suruh kami pi ke Gotemba Station dan amik bas dari situ. Kami kena cepat. Berlari la juga kami dan sampai di situ bas dah ada. Kami tanya dan driver bas kata bas tu ke Kawaguchiko Station. Haah lega. 

Perjalanan memakan masa lebih kurang satu setengah jam baru sampai ke Kawaguchiko. Sesampai di situ hanya kami berenam je yang turun terus dapatkan taxi suruh hantar ke K's House Mount Fuji. Tak sampai 5minit taxi antar kami dah sampai. Alhamdulillah 
selamat....hga jumpa lagi di lain entry bye....

to be continue....
Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign