Sabtu, 30 November 2013

AUTUMN IN TOKYO (DAY 3 PART 2)



Assalamualaikum semua....rentetan perjalanan semalam...Akak kena pi ke bawah ikut tangga tu utk ke subway ke Ningyocho Station. Hotel akak APA Hotel Ningyochoeki-Kita. Akak dah igt tempat ni Shinjuku Station akak amik Marunouchi Line turun kat Kasumigaseki tukaq pula amik Hibiya Line then turun kat Ningyocho Station. Dari Ningyocho Subway Station jalan pi hotel akak inap ni cuma 2 minit ja. 






Masa akak jalan nak pi Marunouchi Line tu lalu kat Odakyu Mall ni. Kebetulan ada pertandingan gubahan bunga ros hidup dan macam2 bunga lagi. Lalu kot situ nampak cantik sgt2 amik la gambaq. Mmg cantik dan kreatif pandai org Jepun gubah. Hmmm akak memang suka bunga.....i love it...


















Bila dah sampai hotel akak tengok beg kami dah tersedia di lobi. Beg kami yang hotel Grand Park Hotel Panex tu hantar. Kami check in hotel ptg tu dan berehat sekejap. Jam 7mlm kami keluar semula. Kat Jepun ni jam 5ptg dah gelap tau. Jadi jam 7mlm tu macam jam 9mlm kat Msia. Kami keluar mlm tu mula2 pi satu shopping mall nama Takashimaya Mall dekat juga dengan hotel kami berjalan kaki je. Konon2 nak shopping la kat situ....woish mahai bukan main. Tak jadi lah kami beshopping. Jalan2 cuci mata je. Akak ada beli pisang bunga sebiji RM4.50. Beli la juga nak mkn. Tertarik dgn daun bawang nya yang besaq2 ni. Segar. Kat sini juga akak beli buah pisang kaki yang sizenya agak besar dari biasa. Mmg sedap sgt manis bila makan. Mahai jgn cerita lah ye....



Kami terus cari jalan kuar untuk ke Tokyo Tower. Kebetulan tu kami kuar je dari Takasimaya Mall ni bas datang. Sekali ni kami naik bas ke Tokyo Tower ni. Tgu je bas kat bus stop dan bila bas datang tanya Tokyo Tower bas akan bawa sampai ke depan Tokyo Tower tu. Hah ni dia dah sampai pun....Cantiknya tower ni pada waktu malam. Sekali tgk macam Eiffel Tower Paris pun ada. Sapa tiru sapa nih?


Tokyo tower ni mula dibina pada tahun 1957 dan dibuka untuk orang awam pada tahun 1958. Tower ini merupakan tower yang kedua tingginya di Jepun dan merupakan sebuah menara tinjau dan telekomunikasi. Bentuk menara ini adalah seperti Menara Eiffeil di Paris. Kami bersetuju naik ke paras ketinggian 150m(Observatory) dengan harga 820Yen(RM25) seorang. Semasa kami melawat menara ni ada sambutan ulangtahun yang ke 55tahun Tokyo Tower. Macam2 ada malam tu. Menara ni ada bertingkat2 yang special lagi tinggi tingkat yang kita nak naik lagi mahai harganya. Lagi pun masa tu menara ni tengah di upgrade dan direnovasi. Tangkap gambaq pun nampak besi2 nya. Lagi pun mlm akak tak pantai nak adjust camera utk amik gambaq mlm. Tak pandai sgt jd gambaq kualiti tak berapa baguslah.



Tokyo di waktu malam.
Hah tempat org buat niat kat atas tower ni esspecially couple.
Tokyo Tower M4854.jpg
Gambar google semasa siang TT ni.
Look down window
Yang melucukan kat Tokyo Tower ni....gelak dulu....ha...ha...ha...kami igt ada satu simbol yang macam org bongkok tu tunduk. Mcm org nak solat je. Kami semua igt bagus la kat tower ni ada disediakan tempat org nak solat....rupa2nya simbol "look down window" hah bantai gelak semua org. MasyaAllah....geli hati yang amat sgt.....











Main Observatory
(150 m)
Special Observatory
(250 m)
Main Observatory +
Special Observatory
Adult
(senior high school students or older)
820yen600yen1,420yen
Children
(junior high school students and primary school pupils)
460yen400yen860yen
Children
(4 years old and over)
310yen350yen660yen
* Fees above added to Main Observatory admission fee

Group discount for observatory admission fees, group reservation
Main Observatory
(150 m)
Special Observatory
(250 m)
Main Observatory +
Special Observatory
Adult820yen → 610yen600yen → 500yen1,110yen
high school students820yen → 410yen600yen → 450yen860yen
Junior high school students and primary school pupils460yen → 360yen400yen → 350yen710yen
4 years old and over310yen → 250yen350yen → 300yen550yen
* Group discount is applied to parties with more than 30 people.
* High school student admission fee is applied only to high school student groups.








Kat atas tower ni juga ada jualan kedai2 souvenir tapi sgt2 mahai sungguh2. Kami tak beli apa2 pun kat sini. Di bawah Tokyo tower ni pun ada juai mcm2. Siap duit ja jika nak beli apa2 ok.







Selesai turun Tokyo Tower malam tu kami cari station subway untuk balik ke hotel kami. Kami berjalan sambil tanya orang juga arah mana nak pi station subway. Lebih kurang berjalan 10 minit kami sampai ke station subway tu Daimon Station. Kami amik Asakusa Line nak ke Ningyocho. Last2 akak turun kat Ningyocho Station pas tu berjalan kaki ke hotel utk rehatkan badan yang terlalu letih berjalan sehari suntuk malam tu juga igt nak pi Sensoji Temple nak beli souvenir tapi semua dah tak daya.....sok pagi2 nak bangun awal pula nak pi Showa Kinen Park pula. Tgu next entry ok....akak dah nak zzzzzzzzzzzzzzzz....bye.....

to be continue......

Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign