Assalamualaikum semua...hari ni genap 4h akak berada di Tokyo ni. Pagi ni akak dan kengkawan nak pi Showa Kinen Park. Ok kami kena check out hotel dulu la. Selepas sarapan di hotel...mkn roti je cicah air. Kami terus book teksi utk dtg amik kami ke Hotel Agora Place Asakusa. Kami check out di awal pagi dalam jam 7.30am. Amik 3 buah teksi satu teksi 2 orang. Ye la nak bawa beg kami yg gedabak ni. Teksi sampai tepat pada waktunya. Akak ngan kak Som pi dulu. Diikuti ngan kak Meen dan kak Anis. Kemudian kak Miss dan kak Moon. Tak mahai sgt teksi ni caj sbb dia pakai meter. Hotel akak ni terletak kat Asakusa. Caj teksi lebihkurang 1100yen. Boleh ler sbb syer utk 2orang. Rupanya hotel kami ni tak jauh mana pun tak sampai 5 minit naik teksi kami sampai di Hotel Agora Place nih. Kami masuk dan tanya nak simpan beg dulu sbb tak boleh check in lagi. Alhamdullillah dibenarkan. Selepas simpan beg kami terus keluar ke Tawaramachi Station yang tak jauh dari hotel kami ni berjalan kaki lebihkurang 5minit jer. Kami nak ke Showa Kinen Park pula.
Dari Chuo Line sampai di Tachikawa Station bejalan lebih kurang 5 minit sampailah kami kat taman ni. Kami masuk ikut Tachikawa Gate. Di bawah ni info mengenai taman ni....
Park Opening Hours |
|
*The park is closed on New
Year's Eve and New Year's Day(Dec.31,Jan.1) and the fourth Monday/the following
day of February. NOTE: Opening and closing hours maybe altered due to public events.etc., so please confirm with the Park Administration Center. (*1)4/1~9/30(saturday·sunday·public holiday)9:30~18:00 |
Park Entrance Fee |
|
NOTE:Children under 6 years
of age are free. A group is considered as 20 or more people over 6 years of age. |
Pintu masuk |
Kami makan tengahari kat taman ni bawa bekai brahims. Isi perut kenyang2 bari boleh jenjln. Kuat sikit kan....kami akan tgk maple leafs(mimoji)...nak tgk juga pokok ginkgo. Tapi sayang sgt2 sbb kami tak larat nak bejln kaki. Nak naik train pusing2 tu pun tgu tak sampai2 bila dah naik mkn masa sejam pula. Jadi kami x naik sbb dah lewat. Byk tempat kami tak pi sbb jauh sgt2 antara satu tempat ke tempat tu nak menapak alamat pancit la kami. Faktor umur kan....jom layan gambaq......
Ni pokok Ginkgo Biloba. |
Petang tu kami dah tak larat bejalan dah kami amik keputusan nak balik pi Masjid Tokyo kami nak solat kat situ. Depa kata masjid ni cantik mcm masjid kat Turki tu. Ok lah akak dah tak tahu nak citer ttg Showa Kinen Park ni. Rasa2nya akak berhenti kat sini je...tgu citer seterusnya Masjid Tokyo....ok bye....
to be continue......