Selasa, 31 Disember 2013

HAPPY NEW YEAR 2014.



Assalamualaikum semua....pada hari ni akak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2014. Akak rasa masa terlalu pantas berlalu meninggalkan kita yang alpa dan lagha ni. Semuga tahun ni lebih baik dari tahun yang terdahulu. Semuga kita diberi kesihatan yang baik dan hidup dalam nikmat dan berkat serta dalam rahmat Allah swt. Azam akak supaya akak lebih mendekati DIA dlm usia akak yang sebegini. In Sya Allah. Hayatilah....

Jiwa akan sepi tanpa Teman
Hati akan mati tanpa Iman
Hari ini adalah Kenyataan
Semalam adalah Kenangan
Esok adalah Impian
Sucikan Hati
Jernihkan Fikiran

Selamat menyambut tahun baru kepada semua bloggers yang sudi singgah di blog akak yang serba kekurangan ini. Sila komen jika akak terlanjur kata atau terkasar bahasa. Keikhlasan mencerminkan jiwa yang bersih dan suci.....bye...hingga jumpa lagi di lain entry.


Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign