Rabu, 4 Disember 2013

AUTUMN IN TOKYO (DAY 4 PART2)

Masjid di Tokyo Japan

Assalamualaikum semua....sambung cerita Jepun lagi....bila nak abis tak tau la...Ok la balik dr Showa Kinen Park tu kami amik subway juga. Dari Tachikawa kami guna JR Chuo Line ke Shinjuku lepas tu amik pula Odakyu Odawara Line untuk pi ke Yoyogi-Euhara sbb masjid Tokyo tu terletak di Yoyogi. Sampai Yoyogi-Euhara kami turun tanya orang macamana nak pi masjid ni. Kami lintas jalan jumpa KOBAN(Pondok Polis) kami tanya lagi. KOBAN ni mmg tempat information centre boleh je tanya apa2 polis yang jaga kat pondok tu. Tapi tak tau la juga ssh nak berkomunikasi. Baik tulis kat kertas baru depa faham. Kami semua mencari-cari masjid tu dgn tenang sekali. Berjalan lebihkurang 10minit baru nampak kubah masjid ni. Tak penat sgt jalan sbb sambil jalan2 sambil amik gambaq pokok bunga raya jepun sgt cantik akak suka. Kami org tua jalan lambat ala ala lenggang2 kangkung tu....kalau org muda jalan 5minit dah sampai kan....




























Masjid ini merupakan masjid yang terbesar dan terkenal di Tokyo. Tokyo Camii dikenali juga sebagai masjid Tokyo. Senibinanya diambil drp negara Turki. Didirikan dalam tahun 1938M. Bahan artistiknya dibawa dr Turki. Masjid ini berada di bawah Turkish Directorat Of Religious Affairs. Masjid ini terbuka untuk orgramai. MasyaAllah sungguh cantik senibina masjid ni depa kata macam masjid biru kat Turki. Tak tau la akak blm penah sampai ke Turki lagi. Orang yang jaga masjid ni pun berasal dari Turki. 





Alhamdulillah dapat juga akak merasa solat dalam masjid yang jauh beribu2 batu ni. Selepas solat kami berehat sambil mengambil gambaq. Ada juga berjumpa dgn budak Malaysia dari Seremban yang datang berkursus selama 6 bulan di Tokyo ni. Selepas tu kami meninjau dalam kawasan masjid yang mana ada tempat untuk membeli souvenir sambil menderma. Kami semua beli fridge magnet berbentuk masjid. Sungguh unik sekali. Jom layan gambaq.....












Masa bejalan nak balik dari masjid kami ditegur oleh budak ni yang sgt baik menolong. Kami pun ambil peluang tanya tempat makan halal yang ada di kawasan ni. Budak tang berasal dari Sarawak ni memberi penerangan dgn detail untuk ke restoran makanan halal tu. Dia juga ada menyarankan supaya kami beli sushi yang berinti ikan dengan harga 105Yen(Nasi kepai ada inti ikan) dia kata boleh makan. Tapi kami was was tak beli pun....



Budak berdua ni datang kursus selama 6 bulan company anto. Sorg budak tu dari Indonesia. Akak dah lupa nama depa. Ada tulis tapi kertas tu ntah mana letak tak tau hilang....



Malam tu setelah berbincang semua kami amik keputusan nak balik je. Makan Pak Brahims je mlm tu. Sbb dah penat. Igt nak pi shopping nak beli souvenir pun tak jadi juga. Kami pun balik ke hotel dari Yoyogi-Uehara amik Tokyo Metro Chiyoda Line sampai Omote Sando tukar ke Tokyo Metro Ginza Line hingga sampai ke Tawaramachi Station turun dan jalan balik ke hotel Agora Place Asakusa. Kami pun check in utk berehat malam tu.




Sok kami akan ke Nikko pulak.....Ok lah yer sampai sini dulu coretan akak ni....hga ketemu lagi di lain entry....byeee....zzzzzzzzzzzzzzz

to be continue.....

Salam sayang,






Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign