Assalamualaikum semua...sambung lagi trip ptg semalam yang tak abis lagi....Akak dan kengkawan pun naik bas turun ke bawah berhenti kat bus stop no. 7 Shinkyo(Sacred Bridge) kat sini le. Tapi jambatan ni tutup pula tak boleh bergambo atas jambatan tuh.....Jambatan dibuka bila ada upacara keagamaan je. Jambatan ni bewarna merah merupakan jambatan ketiga yang terkenal di Jepun ni. Jambatan ni merentasi Sungai Daiya. Jambatan ni juga terkenal dengan nama Snake Bridge. Panjang nya 28m dan 10.6m lebar. Kat sinilah merupakan pintu masuk ke Nikko National Park ni. Masa mula2 lalu tu kami tak turun kat sini. Jadi masa kami turun di sini kami amik gambo kat tepi2 jer. Air terjun nya sungguh cantik macam lukisan. Subhanallah....jom layan gambaq.....
Dah puas snap sana sini baru kami pi tgu bas untuk ke Tobu-nikko Station semula sbb nak solat blm solat lagi. Kelam kabut la juga dibuatnya sbb tgu bas, bas tak sampai2 bila bas sampai penuh pulak tu adoi....mula la risau....kerana tak jumpa kekasih lagi asyik lagha je ni....Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran bas pun sampai kami naik dan akhirnya sampai kat station Tobu-nikko tu.
Que....tgu bas |
Sesampai je terus cari tempat solat. Hah ni la hasilnya. Alhamdulillah......Seusai solat terus tgu train untuk ke Asakusa semula. Hari masa tu dah mula nak gelap jadi kami akan sampai malam di Asakusa. Tak pa sbb letih sgt2 ni boleh tdoq atas train nak tgk kiri kanan pun dah gelap baik tdoq kan......
Teringat pula esok kami dah nak balik barang2 souvenir ke, t shirt sehelai dua pun belum beli lagi utk buat kenangan. Sampai je kat Asakusa kami nak cari souvenir la konon pi dekat Ginza Life Asakusa....hmmm kebanyakan kedainya dah tutup tak sempat pun nak melontar. Sok je le ada masa sikit lagi utk shopping buah tgn utk bawa balik ke Msia. Pas tu dah mula rasa lapaq dok tgk makanan Jepun yang tak halal dimakan ni....adoi...teringat pulak Nori Ropponggi ada habaq ada kedai kebab halal kat Asakusa ni dekat Ginza Line G18 kot tak silap akak. Kami pun pi cari la kedai kebab tu. Jalan punya jalan pusing punya pusing Alhamdulillah jumpa. Hmmm apa lagi semua senyum lebaq la no....nak mkn.
Mc Donald tak halal weh... |
Hah ni la kedai kebab org Turki tu. Kami pun duduk ode siap makan kat situ lagi. Lepas makan tapau lagi adoi....mmg sedap Saray Kebab ni. Bebaloi beli dan kenyang makan sampai licin. Harga boleh tahan le....mahai pun kena beli juga sbb nak makan. Kami makan ais krim juga....mmmmmabelous....
Lepas makan baru lah kami balik hotel utk kemas2 dan bersedia esok utk pergi ke Odaiba dan Imperial Palace pulak....lepas tu nak shopping pulak...pas tu nak pi airpot dah nak balik....mlm ni kemas siap2 sok tak le tekecoh2 kan....ok lah ye sampai kat sini jer dulu....tgu ye next entry....bye....
to be continue.....
Salam sayang,