Khamis, 28 November 2013

AUTUMN IN TOKYO (DAY 3 PART 1)



Belakang rumah K's House.



Buah pisang kaki



Assalamualaikum semua....Alhamdulillah blog akak ni dah boleh dibuka dan boleh la akak mencoretkan coretan yg belum selesai semasa di Jepun tu. Hah hari ni masuk hari ke3 dah kami kat Jepun ni. Semlm kan akak dah citer bagaimana akak dgn kwn2 berkejar mencari taxi, bas dan train utk ke hotel kami tu....K's House Mount Fuji di Kawaguchiko. Ni la rupe guest housenya gambo kat atas sekali. Ok lah tdo lena dan puas semalam tdo atas titami mat. Mcm org Jepun tdo tu. Merase la teman weh.....gambo ade tangkap tapi ntah dlm camera mana tak tau la tak jumpa pulak.....

Pagi tu akak bgn awai sgt terus pi mandi sbb bilik ayo dia kat luor dan share ngan semua org. Jadi amik keputusan bgn awai2 terus mandi seblm org lain bgun. Lagi pun jam 4pg dah masuk waktu Suboh. Takut gak pun ada sbb bilik mandi campur lelaki pompuan. Akak ngan kawan akak Kak Som ni janji tunggu sapa yg habis dulu mandi kena tgu. Mula2 mandi tekejut juga tiba2 lampu padam hah sudah....bila buka pintu bilik ayo tu sikit lampu menyala. La....rupenya lampu tu pakai sensor jap padam jap menyala. Hmmmm buat suspen je tau....dah la golap.

Seusai mandi dan solat akak turun kat pantri nak rebuih nasi impit. Mula2 guna periuk nasi dia tapi punya la lambat tak mendidih2. Akak tuko pulak rebus atas dapur karan tak boleh gak tak masak2 la pulak. Last sekali akak masukkan dlm microwave ha baru la masak. Jadi la utk buat bekai hari ni. Pagi tu sarap Pak Brahims dan maggi je. 

Lepas sarap pg tu kami pi jenjln kot kws rumah K's House tu dulu sbb pemandangannya sungguh indah dgn pokok2 yg daunnya bewarna warni...MasyaAllah cantik yang amat sgt. Kat belakang umah kita org duduk ni ada Japanese Garden. Cantik kami semua sempat bergambar kenangan kat situ. Jom layan gambaq.....
 
 

 




Lepas sarap kami semua bergegas keluar nak tgk gunung yang pemalu tu. In Sya Allah pagi ni boleh nampak kot. Kami pun keluar dari K's House amik jalan belah kiri. Sambil jalan sambil2 snap foto. Bila sampai di penghujung jln ke jalan besar tu di tepi jalan besar tu kami ternampak Gunung Fuji berbalam balam di langit. MasyaAllah....Subhanallah...kuasa tuhan cantiknya. Tapi bila kami nak amik gambar tak nampak sbb kabus. Tak apa lah walaupun tak dapat abadikan dlm gambaq tengok dgn mata sendiri lagi puas kan.....












Tasik Kawaguchiko






Selepas tu kami cari pula jalan nak pi Lake Kawaguchiko macamana? Signboard semua tulis Jepun. Kami jalan lagi....sampai satu simpang ada signage ke Lake tu. Rupa2nya dari K's House tu bila kuar je pintu jgn amik kiri amik kanan hga ke hujung jalan besar belok kiri jalan terus dlm 500m sampai la. Ni kami dah pusing satu bulatan dah ni bejln jauh sikit. Tapi tak pa juga boleh amik gambaq yg osem ni. Sampai je tepi tasik ni alangkah tegamam kami semua dgn keindahan semulajadinya dgn daun2 yg bewarna kuning, merah, oren dan hijau....MasyaAllah sungguh indah ciptaanMu ya Allah Hurobbi. Macam lukisan.....







 
 







Depa kata dari Lake ni boleh nampak Gunung Fuji tapi rezeki kami tak ada masa tu. Tak nampak pun gunung tu sbb berkabus. Tasik ni merupakan tasik yang utama antara 5 tasik yang mengelilingi Gunung Fuji ni dekat tasik ni lah akan nampak Gunung Fuji dengan lebih jelas. Kami leka bergambar....teringat kami kena cepat pagi tu sbb jam 10.30pg dah nak balik ke Tokyo. Apa lagi kelam kabut juga amik gambaq sana sini. Nak kejar masa yg terhad ini. Selesai bergambaq terus balik ke K's House Mount Fuji dan ambil beg semua. Transpot hotel telah sedia menunggu kami untuk di hantar ke Station Bas Kawaguchiko.















Sementara menunggu bas sempat juga bergambar di Station Kawaguchiko ini dan membeli buah pisang kaki nak bawa balik ke Msia. Setelah membeli tiket untuk balik ke Tokyo. Tak ingat dah akak berapa harga tiket tu....hmmm 1700yen kot. Kami menunggu bas di platfom no 3. Bas express yang kami naiki itu memakan masa lebih kurang 2jam akan sampai ke sini nama tempat ni dah lupa la pulak.....faktor umur kan. Atas bas tetdo je sbb penat....sedar sedar dah sampai......



Dah sampai sini nak cari jalan pi APA Hotel pulak......ok lah sampai sini dulu nti akak sambung lagi....ni nak balik hotel nak buat apa2 yg patut malam nanti akak kuar lagi nak pi Tokyo Tower pulak.....tgu tau....bye.....
to be continue......
Salam sayang,






Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign