Assalamualaikum semua readers yg budiman. Entry akak byk yg dah sangkut byk lagi yg tak updated. Kerana masa yang untuk dan tak mengizinkan. Tu yang entry ni akak kena buat cepat2 sebelum terlupa semuanya. Ok lah pada 24hb Jan 2015 hingga 31hb Jan 2015 akak dan 15 orang kawan2 ofis dan juga famili pi Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou. Ni mai nak crita sikit akak ni dah silap booking tiket sepatutnya akak booking pi Hong Kong terus balik ikut Guangzhou, tut tut pi booking pi ikut Guangzhou balik pun ikut Guangzhou. Tu la igt kan nak pi shopping ja kat Guangzhou tu. Tapi bila baca blog org yang dah pi semuanya masuk Hong Kong, Macau, Shenzhen dan Guangzhou. Jadi bila bincang dan mesyuarat balik semuanya sahabat2 akak tu nk pi HK, Shenzhen dan Guangzhou. Depa kata tak pa kita naik keretapi. Ok lah akak pun dgn kawan lagi sorg tu buatlah itenerary apa yang patut utk persiapan dan persediaan.
Actually kami booking tiket ni mmg dah lama almost bulan April 2014 jadi dpt murah la kot pi balik 500++ lebih kurang lah tu. Pi naik Air Asia. Takut juga masa nak pi hari tu sbb nak naik kapalterbang air asia ni dok dengaq mcm2. Seram juga tapi tawakkal je la. Mati kat mana pun bila sampai masa akan mati. Ok akak buat visa kena 2entry lah sbb masuk Guangzhou dulu pas tu pi Hong Kong pas tu masuk melalui Shenzhen semula. Jadi visa 2entry RM105.00. Akak bagi agen buat dia caj RM10 je. Senang tak yah pening kepala. Cuma borang tu akak print dari website visaforchina dan isi borang tersebut serta siapkan semua dokumen yang diminta.
Masa akak nak pi tu duit Msia jatuh sikit jadi pertukaran wang asing jadi mahai la sikit. Akak tukaq duit rates HKD0.46. RM100 dapat HKD46. Duit yuen pulak rates dia CNY0.58, RM100 dapat 58Yuen/CNY. Ntah lah akak pun bukan reghti sgt nak kira ni main hentam je la labu....
Ni barang2 yang akak bawa. |
Sambal hijau ikan bilis |
Ikan gelama masam |
Sambal tumis ikan bilis |
Kesian cucu akak yang sorg ni nak ikut. Melalak kat pintu masuk tu. Sampai pegawai imigresen tu tanya anak ka yang menangis tu? Mcm muda je akak dia kata anak....bukan tu cucu saya dia nak ikut. Lain kali mak tok bawa ye Dhia Adra Natasya.
Hari yang ditunggu dah tiba kami semua berada di KLIA2 pada jam 6petang. Flight kami AK 0118 ETD20.25pm Gate Q19. Bila semua dah ada kami check in luggage je sbb akak dah buat web check in. Lepas tu terus masuk sbb org kata jalan nak ke tempat menunggu utk berlepas di KLIA2 tu teramat lah jauh nya. Jadi jgn lengah2 lagi terus masuk dan tgu di dalam. Ramai orang yang terlepas kapalterbang kerana kejauhan ini. Memang jauh pun nun dihujung sekali tempat pelepasan kami. Lama juga berjalan kaki lebih kurang 20minit kot jika tak singgah mana2. Kami solat jamak Magrib dan Isyak kat dalam. Memang ada disediakan surau byk sgt. Bagus KLIA2 ni prihatin ttg waktu solat, bila masuk waktu solat diberi pengumuman.
Dalam kapalterbang bila dah fly boleh je cari tempat duduk yang kosong utk duduk berdua. Jika ada kosong le. Almaklumlah akak tak beli seat pun. Jadi mula2 duduk seorg ke hulu seorg ke hilir. Bila flight dah terbang baru tukar2. Stewardess tu pun ok bagi je permission suruh duduk mana tempat yg nak. Cuma ada 2 row tempat yg selari dgn pintu kecemasan dia suruh kosongkan itu je. Sorry gambar kurang jelas......kabur....Hah lagi satu jgn lupa isi borang ni bila nak masuk ke China nti peramugari akan bg sorg satu untuk diisi.
Malam tu kami sampai cepat sikit fly dalam 3 jam 40 minit dah sampai Baiyun International Airport, Guangzhou. Lebih kurang jam 12.30mlm le. Kedebuk kedebak amik luggage, pemeriksaan kastam dan imigresen sampai kat luar ni dalam jam 1.30am la. Semua dah setuju mlm tu tak mau tdo kat hotel mana2 pun sbb nak jimat kos. Cadang mula2 nak tdo kat Pullman Hotel tu yg dekat airport tu. Tapi mak ai punya mahal semlm dalam 300++ lansung x jadi tdo situ. Jadi mlm tu kami jadi gelandangan le tdo kat airport Guangzhou tu. Kami cari pot yang sesuai mmg jumpa pun boleh nampak hotel Pullman tu. Ada juga org Cina dan Mat Salleh yg tdo mcm kami ni. Lepak kat airport. Sbb esok pagi2 kami dah nak pi Hong Kong by train. Jom layan gambaq.......
Pot tempat kami tdo nun dihujung gambar atas ni. Sebelum pi tdo kami beli Smart Card dulu kat kedai 7E ni yg beroperasi 24jam. Ni ha smart card tu gambar di bawah ni. Smart Card ni juga di panggil Yang Cheng Tong dengan harga RMB70.00. Kad ni macam touch n go boleh topup bila dah habis. Boleh beli barang juga bila tak habis guna boleh tukar balik. Naik bas pun boleh guna kad ni. Esok pagi2 kami akan ke Guangzhou East Railway Station (GERS) guna kad ni dengan harga 7RMB.
Tempat kami lepak tdo....tu nampak je Hotel Pullman. |
Malam tu ada yang makan bekal yang dibawa. Ada yang mkn maggi. Air panas kami pi beli dekat kedai makanan segera dekat2 tempat kami lepak juga yg beroperasi 24jam. Tapi penjaga kedai yang baik hati tu tak mahu amik duit pun dia bagi percuma shj. Apa lagi lepas seorg seorg pi minta air panas. Ada yg buat kopi la, milo la dan mcm2 lagi. Menjelang pagi kami cari kiblat utk solat subuh. Kami solat dekat situ juga ada bidai yang boleh lindungi kami solat. Alhamdulillah selesai tanggungjawab. Baru seronok hati nak berjalan jalan. Ok lah nanti akak sambung utk hari selanjutnya.......tgu......nasib tidak menyebelahi kami semasa di GERS......
to be continue.......