Assalamualaikum semua bersua kembali kita.....apa khabar semua readers yang budiman....jgn jemu ok baca entry akak yg carca marba ni. Ok akak sambung lagi petang tu selepas dah check in hotel kami semua berkumpul di lobi bawah Chungking Mansion tu pada jam 4ptg lebih kurang la kot. Hai nak tahu tgu lif nak turun dari tingkat 10 tu pun amik masa lama juga. Lif kecik leh muat dalam 6 ke 8 org je. Sbb ramai yang dok kat atas2 tu. Lif ada 2 ja kat Blok D ni. Kat blok E pun boleh turun kena pandai cari jalan lah ye. Sementara tgu sahabat2 yg lain turun sempat la tgk jualan2 kat kedai di bawah Chungking Mansion ni mcm2 ada dijual. Semua ada. Restoran halal pun byk juga. Tapi mahai la no, nasi goreng cina seafood HKD76. Nah amik ko. Tapi sedap weh....dah try mkn dah dia punya portion byk boleh kongsi 2 org.
Ni akak nak citer sikit pasai Hong Kong ni. Akak pun bukan pandai sgt Geografi dan Sejarah ni. Jadi akak nak tanya abg google sat bab Hong Kong ni. Sekurang2nya tahu juga akak sejarahnya kan......
Rupanya Hong Kong ni sebuah pulau. Ha ha ha ketinggalan akak ni. Pulau Hong Kong terletak di bahagian Selatan China.
Hong Kong terdiri dari Pulau Hong Kong, Kowloon, dan New Territories jika diturutkan dari selatan . Di sebelah utara New Territories terdapat kota Shenzhen di seberang Sungai Sham Chun (Sungai Shenzhen). Di antara 236 pulau di Hong Kong, Pulau Lantau adalah yang terbesar sedangkan Hong Kong adalah yang kedua terbesar dan populasi penduduknya adalah yang terbesar. Pulau yang paling padat adalah Ap Lei Chau.
di seberang Sungai Sham Chun (Sungai Shenzhen) terletak Tiongkok daratan. Hong Kong memiliki 236 pulau di Laut China Selatan, yang mana Pulau Lantau merupakan pulau terbesar dan pulau Hong Kong yang kedua terbesar dan paling besar populasinya. Ap Lei Chau merupakan yang paling padat penduduknya di Hong Kong dan di dunia.
Kami ni asyik naik keretapi ja dah 2 hari dok atas keretapi. Kalau kat Msia haram tak naik keretapi pun. Tu la dok gelak dengan sahabat2 yg lain tu. Pengalaman naik keretapi. Sungguh best ok. Petang tu akak dan group nak pi The Peak Tram. Jadinya akak pi sana naik train ja dari Stesen Tsim Sha Tsui hingga ke Central Station. Kami guna octopus card dia tolak HKD8.60. Kami berjalan kaki dari MTR Central Station kena Exit J2. Naik tangga ke ground level berjalan dlm 10 minit baru jumpa jalan besar ok. Belok kanan ke Chater Garden jalan lagi melalui garden tu sehingga nampak Bank of China Tower di sebelah kanan. Jalan terus ke depan lagi sehingga jumpa trafik light dan cross kat situ ikut sign board lepas tu baru jumpa pintu masuk The Peak ni. Jom layan gambaq.........
Semua nak bergambar |
Sampai2 kat The Peak ni....mak ai kena Q pulak punya la panjang mcm ular kena palu. Adoiiiii. Apa nak buat beratur je le. Nak beli tiket kan. Alang2 dah sampai kena lah naik juga The Peak ni. Nak merase le juge.
Bila dah sampai kat kaunter kami amik yang single je HKD71. Jadi kami akan turun nanti dengan menaiki bas. Kami amik The Peak Tram & Sky Terrace 428. Masa tu pun hari dok koi gelap dah. Nak beratur lagi. Mmg malam la kami naik kat situ. Akan nampak suasana mlm je la. Nampak lampu2.Nampak bandar Hong Kong yang penuh dengan cahaya. Jom beratur lagi.....panjang ni nak tgu tram yang datang dan berebut2 naik tram ni. Ramai sungguh manusia.......jom layan gambaq......
Dah sampai kat atas kami tak masuk pun Madame Tussauds Hong Kong ni sbb masa yang tak berapa nak cukup. Tak cukup ka masa? Sebenarnya semua geng tak mau masuk. Just jenjalan kat atas ni tengok2 tempat shopping Hard Rock la dan byk lagi. Pas tu kami masuk sky terrace guna tiket tadi tu touch je. Haaa kat sini suami akak tersilap touch. Dia pi touch kat Octopus tu hah kena tolak duit HKD40. Hmmmm org yang jaga tu pun selamber je, patutnya cakap la kan. Tapi dia pun tak tahu mungkin ada yang masuk kat situ guna kad Octopus tu juga. Ntah lah.....suami baru sedar semasa nak keluar kat station Tsim Sha Tsui. Kad Octopus dia dah tak cukup duit kena topup....ha ha ha....
Bergambar dengan patung lilin Bruce Lee jadi le..... |
Insan google |
Sebenarnya naik tram ni macam kat Penang Hill tu. Sama ja mcm kat Penang tu. Bila sampai kat atas boleh tengok panorama Bandar Hong Kong yang cantik. Macam akak ni dapat tgk suasana malam je le. Ok gak le cantik dengan cahaya lampu2 berkerlipan. Sky Terrace 428 pula merupakan tempat yang tertinggi uppermost level of Victoria Peak ni. Jika siang lagi cantik la kot.
Malam tu kami turun dengan bas je, bas No 15 pi Central. Amik train pi Tsim Sha Tsui. Turun kat sini la suami akak dah sedar kad octopus dia tak cukup bila dia touch nak keluar dari stesen tu. Masa ni juga akak dan kawan2 akak yang dah jalan ke depan terpisah lagi. Kami tinggal berenam je. Ye la sbb kami lambat nak kena topup kad suami akak tu. Nak beli topup kat kaunter di stesen tu. Alhamdulillah ada kaunter juai topup. Bila dah terpisah masing2 dah lupa nak kuar kat exit mana pun tak tau. Kami redah je rupanya keluar kat pintu mana2 pun buleh keluar pi Nanthan Road tu juga cuma jauh dan dekat ja. Bila kuar2 dah nampak lorong ke hotel kami. Alhamdulillah. Akak mlm tu keluar ikut D1 ka D2 pun dah tak igt, jika ikut C1 pun buleh juga. Kami jalan kaki ke hotel. Semua dah penat kan sbb baru sampai. Jadi malam tu kami tak pi mana2 lagi pun. Turun dari The Peak pun dah jam 11.00mlm. Terus kami balik hotel utk zzzzzzzz. Esok kami semua nak pi Ngong Ping Village pula.....tgu tau entry akak yang selanjutnya.....bye.....
to be continue........
Salam sayang,