Sabtu, 14 Februari 2015

GUANGZHOU TO HONG KONG (DAY 2 ~ PART 1).


Assalamualaikum semua sambung citer semalam......jom. Ok pagi ni dlm itenerary akak akan bertolak ke Kowloon Hong Kong pagi2 buta kami dah ready. Mula2 kami keluar dari Guangzhou airport ikut pintu Exit P2 & P3 untuk ke metro station (Guangzhou Metro). Lepas tu kami cari Line 3 utk ke Guangzhou East Railway Station (GERS). Kami guna smart kad yang kami beli semlm tu. 7yuen dari airport pi GERS. 11 station (11stop) kami sampai GERS. Lebih kurang 35minit la kot. Jom layan gambaq.....




Di GERS kami tgk signboard untuk gi Kowloon. Ok sampai jumpa kaunter tiket utk beli tiket ke Kowloon (Hung Hom Station). Tu kat gambaq bawah tu. Ramainya org beratoq. Q. Harga tiket 150Yuen =RM75.00 utk ke Kowloon. 2jam naik ketapi ni akan sampai Hong Kong. Akak pun beratoq la nak beli tiket. Bila dah sampai turn akak budak juai tiket tu kata tiket dah habis??? Yang ada tiket jam 2.30petang ja dan seterusnya. Adoi mak rosak program ni....dah lari jadual dah.....camna nak buat ni.... masa kami mesyuarat hari tu tak buat pun plan A ka plan B ka. Main redah ja.....Ok kami bincang balik semua. Dok bincang2 pok pet pok pet kami setuju amik train ikut Shenzhen.





Kebetulan hari tu hari Ahad mmg terlalu ramai org nak pi Hong Kong kot. Cuti hujung minggu la kan. Akak pun cari kaunter beli tiket untuk ke Shenzhen pulak. Kaunter dia jauh juga area kat situ juga tapi kat belah lain pulak. Akak rasa ada amik gambaq kat kaunter tu tapi cari tak jumpa la pulak. Tak pa la. Ok kat kaunter beli tiket tu depa nak passpot kita semua depa nak print no passpot atas tiket tu, jadi jgn lupa kutip semua passpot dan bagi kat kaunter. Group akak ni 15 orang. Bila dah print tiket terpisah la pulak kami ni. 10 orang naik ketapi lain yang 5 org lagi 20 minit punya train. Adoi....walaupun akak dah ckp kat si penjual tiket tu akak ni all together dia x fhm la tu. Kat sini mmg ada masalah komunikasi sikit depa x reghti nak cakap omputih langsung. Yes No je depa tau. X pa lah group yang 10 org tu pi naik ketapi dulu. Yang lagi 5 org tu naik ketapi kemudian. Yang pi dulu tu akan tgu kami di Shenzhen. Ni ha tiket ketapi nya ada no train lagi D7013 tempat duduk pun ada nombor koc 3 no.08A. Harga 79.50Yuen.






Dalam train ni ada pramusaji. Kelasss gitu macam atas kapal terbang. 




Dalam masa lebih kurang 2jam kami sampai Shenzhen. Ok dah sampai Shenzhen pun. 







Kami teruskan perjalanan utk ke Hong Kong ikut je signboard tu. Tiba2 Allahhurobbi nak masuk imigresen Hong Kong mak ai punya la ramai manusia nya. Di sini kami semua terpisah ada yang 2 org ada 3 dan 4 @ 5 org. MasyaAllah. Kami tawakkal je ikut je lorong masing2 utk melepasi imigresen ni. Kat sini depa main redah je. Lorong pun dah tak jadi lorong dah. Bayangkan kami dgn beg yg gedabak2 lagi dok heret. Sungguh mencabar. Dah sampai depan imigresen kena isi borang pulak nak masuk Hong Kong....pulak dah...pi amik borang pula dan isi. Alhamdulillah semua lepas. Jom layan gambaq.....




Kakak saya dan anak buah saya ni dok siap buat peace lagi org dok mengenyut ni. Nasib la ko labi.



Hong Kong Subway Map

Sebelum tu kami beli octopus kad dulu. Harga octopus kad HKD150. Kad ni macam touch & go juga if tak habis guna boleh tukar balik amik cash dia akan caj HKD9. Bila nak reload octopus kad ni caj dia HKD100. Dari Lo Wu station kami amik Metro Line Biru (East Rail Line) turun di Hung Hom Station. Lebih kurang 45minit sampai Hung Hom. Lepas tu amik West Rail Line satu station je turun pi East Tsim Sha Tsui. Dari East Tsim Sha Tsui nak pi hotel kami di Chungking Mansion tu kena exit L1. Jika dari station Tsim Sha Tsui exit C1 pun boleh. Kami jalan jauh juga naik tangga heret beg lama-lama kami pun sampai lah kat hotel. Alhamdulillah jam masa tu dah pukul 2ptg lebih kurang. Apa lagi kami check in Budget Hostel ni. Lepas tu rehat 2 jam. Buat lah apa yang patut. Sebab pukul 4ptg kami nak pi The Peak dah. 




 




Ni mai nak habaq kat hampa. Jgn la pi dok hotel ni, Budget Hostel Tkt 10, Blok D, Nanthan Road ni. Hotel ni akak dah bayaq semua lama dah tapi kami sampai bilik dia tak sediakan lagi pun. Pas tu tak dpt bilik lagi 2. Akak booking 6 bilik. 3 bilik berdua dan 3 bilik lagi bilik bertiga. Dia pandai pusin dia bg 2 bilik berempat. Harga mmg dah lain bila minta dia bayar balik hmm hampeh x da apa pun. Bilik dia besaq kelemboi ja. Muat2 nak masuk tdoq ja. Nak solat pun kena atas katil. Adoiiii....lemah. Hotel ni amik deposit 1 bilik 100HKD. Kat hotel ni mmg senang dapat makanan halal. Tapi crowd sikit. Ramai org Bangla dan Pakistan kot. Pengalaman akak la na. Belajar dari kesilapan. Ok lah semua readers yang budiman hga di sini dulu ya.....esok akak sambung lagi ok......tgu ye.....The Peak......


to be continue......

Salam sayang,








Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign