Jumaat, 30 November 2012

BEIJING, CHINA TRY TO REMEMBER....

Pada tahun 2006 apabila kumpulan Quality aku berjaya mendapat anugerah APPC pihak pengurusam atasan telah memberi imbuhan sebagai penyuntik semangat untuk aku dan kawan-kawan lebih memberi tumpuan dan komited terhadap setiap pertandingan yang kami sertai.




Medan Tian An Men merupakan medan perhimpunan terbesar di dunia. Medan ini mempunyai keluasan 77hektar yang boleh memuatkan lebih sejuta orang dalam satu masa. Medan ini juga digunakan untuk perbarisan tentera ketika hari Kemerdekaan China.

Tiannanmen square





Bersama CC Rohana Omar.


Kota Larangan(Forbidden City) merupakan istana rasmi Maharaja China dan mula digunakan semasa Dinasti Ming. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing. Sekarang ni dah jadi muzium istana. Kota Larangan ini mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik yang merupakan kediamanbagi Maharaja dan familinya.




Bersama CC Norizam Samsuri.


Bersama CC Ijan.
Tempayan Tembaga
Terdapat lebih tiga ratus tempayan di dalam istana larangan ini. Asalnya tempayan ini disalut emas akan tetapi telah dikikis oleh pemberontak semasa perang. Tempayan ini diisi air hujan dan digunakan untuk memadam api semasa berlaku kebakaran.



Malam tengok show.



Panjang Tembok besar China lebihkurang 5679km. Ianya dibina 500 tahun sebelum Masehi.




Bergambar bersama group.
Liza, Sarah, Me dan CC Kadir.


Penat oi naik tangga ni...tapi sampai juga ke puncak...
 

Pintu masuk ke Masjid tertua di Beijing Masjid Niujie...

Masjid Niujie merupakan masjid tertua di Beijing ni. Terletak di Xuanwu yang merupakan kawasan penduduk beragama Islam yang paling ramai di Beijing.




Restoran makanan muslim.



Pintu Masuk Summer Palace
 Summer Palace ini dikelilingi sebuah tasik iaitu Tasik Kunming. Permandangannya sangat cantik dan indah. Kebiasaannya Maharaja Cina tinggal di Kota Larangan akan berpindah ke Summer Palace ni pada musim panas. 



Stesen Keretapi Beijing waktu malam dan siang di bawah ni....

Sila kan minum teh dulu...
Minum semua....
Kepercayaan orang China...Bola Kristal yang membawa tuah...
Kilang Jade
Kami juga singgah solat kat Masjid Nan Dou Ya. Masjid ni berusia lebih 700 tahun.
 Setelah banyak melawat tempat-tempat bersejarah kami juga pergi shopping di pasaraya....aku dah tak ingat namanya. Aku banyak beli alas meja, langsir dan cadar serta kain sutera cina. Rasa-rasanya aku ingin pergi lagi melawat Beijing ni...bila ada duit lebih la...jika x de duit dok diam-diam je la...Bila banyak berjalan luas permandangan.....Ok BEIJING hingga ketemu lagi di musim akan datang.....CHOW.....

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign