Dari Kelana Jaya kami dibawa menaiki bas persiaran ke KLIA. Ada eskot polis lg...rasa macam org-org besar la pula...Dalam kumpulan kami ada 12 biji bas Plus Liner yg membawa jemaah haji ni...Tiba di KLIA kami dibawa melalui pintu khas jemaah haji ke tempat menunggu. Lepas solat Zohor kami berlepas ke Jeddah....
|
Semasa taklimat di Kelana Jaya. |
|
Pak polis eskot....tqvm... |
|
Jumpe maksu yg bekerja di KLIA... |
|
Dalam Kapalterbang..... |
|
Sampai Jeddah bersama kakak sulung. |
Semasa nak melalui imigresen Jeddah kene byk bersabar... kerana mengambil masa lebihkurang 4jam menunggu. Selepas selesai barulah bag-bag kami dibawa menaiki bas untuk bertolak ke Mekah yang mengambil masa selama 1jam. Masa ini dah malam...waktu antara Malaysia dan Mekah beza 5jam.
|
Hotel Burj Al Haram 2 |
|
Beginilah org2 dr jauh dtg nak buat Haji tdo tepi hotel kami.... |
Aku dan kakak tinggal sebilik di tingkat 17 Bilik No. 1724. Besar biliknya ada tempat sidai kain lagi, ada mesin basuh dan dapur sekali. Kami semua basuh kain sendiri dgn mesin basuh tu...kadang2 je hantar kain ihram dan telekung ke kedai dobi. Sehelai kain telekung dobi RM4 lebih kurang 4rial. Begitu juga kain ihram. Selesa sangat tempat tinggal kami walaupun kami ikut Muasasah Tabung Haji tapi cukup selesa dengan kelengkapan yang diberi.
Bila dapat arahan untuk ke Arafah, bermalam di Mudzalifah dan bermalam di Mina kami semua mula berkemas untuk bekalan pakaian 3hari dalam beg kecik yg Tabung Haji bagi tu...jgn lupa bawa tikar dan lampu suluh serta peralatan peribadi. Tak payah bawa byk2 bawa yg perlu je....Kami menaiki bas ke Arafah. Beginilah keadaan di Arafah. Kita semua akan berkhemah di Arafah. Tandas di Arafah terhad oleh itu kita perlu sabar dalam segala2nya. Di Arafah ni kami dibimbing oleh Ustaz2 yg bertauliah Solat Taman berjemaah dan mcm2 lg ibadah yg kami buat jgn lepaskan peluang ini seumur hidup hanya sekali sahaja. Buat lah yg terbaik supaya Haji kita diterima oleh Allah S.W.T.
|
Tempat Melontar. |
|
Terowong Muaasem...terjumpa ibu saudara semasa berjalan balik dari melontar... |
|
Bersama sepupu dari Penang yang mengejakan haji juga Cikgu Joe dan isterinya.... |
|
Tempat melontar 3tingkat.... |
Habis melontar ke tiga2 Jamrah kami pun terus berkemas2 untuk kembali ke Mekah semula bagi mengerjakan Tawaf Ifadah(Tawaf Haji) yang belum disempurnakan lagi....