Isnin, 19 November 2012

PANGGILAN HAJI 2010...MADINAH.

Selepas 34 hari tinggal di Mekah setelah selesai mengejakan haji kami pun berangkat ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5jam. Dalam perjalanan kami singgah mengerjakan solat dan makan di hentian rehat yang telah disediakan. Di Madinah kami tinggal di Al Haram Hotel. Cuaca di Madinah pada masa tu mmg sejuk....berangin....sangat sejuk....kene pakai sweater.... Pengisian di Madinah...kami melawat Raudah salah satu taman-taman di syurga...disamping solat dan berdoa serta mohon keampunan kepada Allah S.W.T. Kami juga mengerjakan solat fardhu untuk mendapatkan 4o waktu....kami isi dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan....Kami juga pergi melawat tempat2 bersejarah semasa di Madinah ni...


Masjid 2 Qiblat
Masjid Quba'


Raudah


BersamaSyamim Asilah dr Johor  dan Afika dr Ipoh.
Masjis Nabawi

Setelah kami berada di Madinah selama lebihkurang 9hari kami pun berkemas untuk pulang ke Malaysia. Kami kene pergi ke Jeddah semula dan bermalam di Madinatul Hujjaj satu hari. Perjalanan daripada Madinah ke Madinatul Hujjaj mengambil masa lebih kurang 2jam. Di Madinahtul Hujjaj ni beg kami ditimbang dan dibawa terus ke lapangan terbang Jeddah. Alhamdulillah....kami hanya bawa beg sandang kecil sahaja apabila melalui imegresen dan kami diberi sebuah Al-Quran setiap seorangsebagai hadiah oleh kerajaan Saudi Arabia. Terima kasih kami ucapkan...Selamat tinggal Madinah Al Munawarrah....

Bersama kawan2

Kapalterbang Mas yang bawa kami balik ke Malaysia.
  Setelah tiba di KUL jangan lupa ambil air Zam-Zam yang Tabung Haji bekalkan kepada semua jemaah Haji. Ambil beg2 kita dan kira cukup atau tidak supaya tidak tercicir. Kami bersyukur kerana selamat sampai ke tanah air tercinta. Kami berdoa sekiranya ada rezeki lagi kami akan pergi lagi menunaikan Haji atau Umrah bila ada kelapangan dimasa2 akan datang. InsyaAllah....

TAMAT


Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign