Date to remember.......Misi Kemanusiaan Kemboja tak silap aku dalam tahun 2002/2003. Camera aku silap setting date Januari 1994. Kami membawa misi bantuan ke Kemboja dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat miskin di sana. Pada mulanya aku telah menghubungi Wisma Putera untuk menyatakan hasrat kami untuk menyalurkan bantuan ke Kemboja. Niat dan hasrat murni kami telah diterima dengan baik dan orang di Wisma Putera telah memberi nombor Contact Person di Kemboja iaitu En Wan yang bekerja di kedutaan Malaysia di Kemboja. Penerbangan kami memakan masa lebih kurang 2 jam lebih. Kami menaiki pesawat Mas Airline. Waktu di kemboja ni lewat 1 jam daripada waktu Malaysia. Kami membawa pakaian terpakai dan lain-lain lagi. Kami juga ingin menyumbang bantuan sedekah/zakat kepada masyarakat Islam di Kemboja yang dhaif dari segi kewangan. Purata pendapatan mereka RM5-RM10 sehari. Sedangkan harga minyak petrol pada masa tu dah RM5.oo seliter.
|
Depan Kedutaan Malaysia di Phnom Penh. |
Semasa kami berada di sana kami mengambil kesempatan pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah di Kemboja. Salah satu tempat lawatan kami ialah muzium pembunuhan Tuol Sleng yang terletak di Phnom Penh. Pada asalnya muzium ini merupakan sebuah sekolah menengah yang ditukar menjadi penjara sewaktu komunis bermaharajalela di Kemboja pada tahun 1975-1979. Sesiapa yang melawan dan belot kepada Pol Pot, Pol Pot akan menyiksa mereka dengan merejam, mencabut kuku, minum racun, serangan binatang berbisa dan macam-macam lagi...kekejaman rejim Pol Pot ni...Ngeri aku tengok gambar-gambar tu....bila mangsa dah mati terus dihumban dalam lubang yang telah dikorek. Ada juga yang ditanam hidup-hidup. Sungguh kejam!
|
Tuol Sleng Genocide Museum. |
|
Pegang tengkorak salah seorang mangsa kekejaman Pol Pot. |
Muzium tengkorak ini merupakan muzium yang menyimpan tengkorak-tengkorak manusia angkara kekejaman rejim Pol Pot. Dalam muzium itu terdapat hampir 2 juta kepala manusia yang telah dibunuh pada zaman Pol Pot, iaitu sekitar tahun 1975.
Killing fields merupakan mass grave yang menempatkan mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot. Sedih rasanya melihat kawasan ini. Killing Fields inilah tempat Pol Pot membunuh dan menanam mangsa-mangsanya yang telah selesai disiksa. Orang tua dibunuh dengan mengetuk kepala dengan kayu, bila tak mati lagi orang tua itu akan ditembak pula. Kanak-kanak juga dibunuh dengan dicampak ke arah pokok....sungguh kejam Pol Pot.
|
Bergambar di Tugu Peringatan Killing Field. |
Kami juga melawat kawasan istana raja yang mana seni binanya sungguh unik dan menarik. Binaannya lebih kepada senibina Buddha macam kuil. Semuanya berwarna keemasan.
KEEMASAN adalah salah satu mercu tanda di Kompleks Royal Palace, Phnom Penh, Kemboja. Hampir semua bangunan di kompleks tersebut disalut dengan warna keemasan.
|
Bersama Helda Abu Talab. |
|
Salah satu bot yang kami sewa untuk ke Kampung Cham. |
Kami mengambil keputusan untuk melawat Kampung Cham dengan menaiki bot yang disewa. Seronok la sikit sebab boleh melawat kampung terapung (Kampung Nelayan) di tasik Tonle Sap yang merupakan tasik terbesar di Asia di Sg Mekong ini. Jika kami pergi ikut jalan darat memakan masa 4 hingga 5jam dan jalan raya tidaklah begitu baik dan elok. Kami bertolak diawal pagi lagi. Wilayah Kampung Cham terletak di tebing Sungai Mekong kira-kira 50 km di utara Phnom Penh.
Kampung Cham adalah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati. Rantau Kampung Cham menyimpan sejarah sejak beberapa abad dan warisan yang kaya serta budaya yang dapat dilihat daripada tinggalan khazanah arkeologi. Kampung Cham adalah salah satu khazanah yang luar biasa di rantau ini yang bernilai untuk dilawati. Kampong Cham ini dikelilingi oleh pergunungan Dang rek, Ba Ley dan Chhuk.
|
Pantai Mekong. |
|
Pantai Mekong. |
Tapi sayang sayang seribu kali sayang bot yang kami naiki telah mengalami masalah enjin yang tersangkut di lumpur kerana air surut. Oleh kerana hari telah menjelang petang dan akan gelap kami terperangkap di pertengahan jalan. Nak patah balik dah jauh nak terus ke depan pun tak boleh. Kami akhirnya mengambil keputusan mendarat di satu bandar ditepi pantai...aku pun tak ingat dah nama tempat tu dengan menaiki bot kecil. Sampai di bandar itu bas kami telah sedia menunggu...Alhamdulillah. Bandar tersebut sungguh dhaif dan banyak orang-orang kemboja menjual cengkerik goreng, lipan goreng, labah-labah goreng, kalajengking goreng, lipas dan lain-lain lagi....Jadi kami pun tidak dapat pergi ke Kampung Cham itu. Pada keesokan harinya ada segelintir group kami yang akan pergi ke Kampung Cham dengan menaiki 2 biji kereta. Aku tak ikut group tu....menyesal juga....
|
Melawat Kilang Pewter. |
|
Bergambar di Independent Victory Monument. |
Monument ini didirikan pada tahun 1958 sempena untuk memperingati hari kemerdekaan yang diberikan oleh Perancis. Monument ini dipanggil Pineapple bewarna perang kemerahan. Ia merupakan seni bina tradisional Khmer Rouge. Selepas kejadian huru hara di Khmer Rouge monument ini dijadikan tugu peringatan bagi meperingati perang mati Kemboja.
|
Warisan Dunia bagi Angkor Wat iaitu antara 7 keajaiban dunia |
|
Central Market |
|
Russian Market. |
Hari terakhir kami semua g shopping di Central dan Russian Market. Murah sangat-sangat sebab duit Malaysia lebih nilai daripada duit Kemboja. Aku shopping juga beli kain ela untuk hadiah kepada keluarga....masa tu...banyak kain kasa rubia.....memang cantik dan berkualiti....Aku beli juga baju kemeja sutera yang murah harganya sekitar RM7-10 sehelai....beli la 2, 3, 4, 5 helai...Akhir sekali aku berharap kepada semua kawan-kawan kalau ada rezeki lebih melanconglah ke Kemboja ni....cukup-cukup menarik dan seronok. Aku pun kalau ada rezeki lebih akan jejak kaki lagi ke bumi Kemboja(Champa). Sehingga berjumpa lagi...BON VOYAGE....CAMBODIA....