Pada tahun 2010 aku, hubby serta kakak dan abg ipor aku telah menjadi tetamu Allah s.w.t. untuk mengerjakan ibadah Haji ke kota Mekah al-Mukarramah. Pagi Suboh yg hening tanggal 8 Nov 2010 kami sekeluarga telah bertolak ke Kelana Jaya untuk berkumpul. Pg tu ibu ku yang tercinta telah memasak nasi lemak ayam sebagai sarapan pagi di mana kami semua berkelah di Kelana Jaya pusat semua jemaah haji berkumpul. Sungguh ramai sanak saudara yang menghantar jemaah yg bakal pergi menunaikan ibadah Haji pada hari itu....
|
Bag aku dan hubby |
|
Awal Suboh telah selamat sampai di Kelana Jaya. |
|
Aku, Hubby, Abg Ipar dan kakak ku. |
|
Sanak saudara & anak2 yg menghantar kami,,,, |
|
Aku dan Hubby
Menuju ke bilik taklimat di Kelana Jaya....
Kami berempat pergi menunaikan Haji melalui Tabung Haji ikut Muasasah sahaja. Kerajaan Malaysia telah memberi subsidi sebanyak RM3,600.00 setiap jemaah Haji yang menunaikan Haji pada tahun 2010 tersebut. Jadi kami hanya tambah RM9,982.00 setiap seorang selama 43 hari akan tinggal di Mekah dan Madinah. KT96 merupakan KT kami iaitu penerbangan kami yang ke 96 dan ada lg 4 penerbangan saja selepas kami. Di Kelana Jaya ini kami diberi MAKTAB80 dan nama hotel yg bakal kami menginap di Mekah nanti. Nama hotel kami Burj Al-Haram 2...iaitu lebih kurang 750meter daripada Masjidil Haram. Semasa di Kelana Jaya kami diberi taklimat menenai haji. Penerbangan kami ini terus ke Jeddah dan Mekah. Jadi kami semua akan berniat di dalam kapal terbang iaitu di Qarnul Manazil....yg mana nak niat umrah atau haji mengikut pilihan masing-masing. Kami semua niat haji Ifrad kerana terdapat hanya 9hari sahaja lg sebelum hari wukuf...Jadi kami buat haji Ifrad dan selama 9hari kami berada dalam ihram. Mental dan fizikal mesti kuat semasa mengejakan haji kerana berjuta-juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia akan sama-sama mengerjakan haji di satu tempat yg sama. Boing 747 yg memuatkan 450 org jemaah haji dalam penerbangan kami ke Jeddah, memakan masa selama lebihkurang 8jam. Disamping berzikir dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam kapal terbang dan kadangkala tertidur dan terjaga hinggalah kami sampai ke Jeddah. |
to be continue....