Ahad, 11 November 2012

MANDURAH...PERTH DAY 2

Selepas melawat Araluen Botanic Park kami teruskan perjalanan menuju Bandar Mandurah. Mandurah merupakan bandar kedua besar selepas Perth di Western Australia ni. Dari Perth City lebih kurang 72km iaitu 45minit untuk sampai ke Bandar Mandurah ni...yg terkenal dengan dolphins, pelicansshags, aktiviti boating, fishing dan juga marine ada terdapat di sini.

Bila sampai saja kami terus mencari kedai untuk menyewa boat. Setelah berbincang satu boat 120 AUD selama satu jam. Kami share kene bayar 10 AUD seorang, lebih kurang RM32.00 lah. Bebaloi la tu.....Akan tetapi boat tu kene bawa sendiri driver boat dia tak bagi...apa lg semua nya takut kerana tak ada lesen bawa boat, bawa kete moto ade le....Mat saleh tu akan ajar cara-cara bawa boat dengan selamat. Setelah berbincang Shah lah yang menjadi mangsa untuk bawa boat ini...

Sesi penerangan cara-cara bawa boat...
Shah dah faham dan terus baca doa dulu dan bawa boat tu....pucat gak muka dia...




Makan dlm boat bekalan yang dibawa karipap dan nasi lemak....
 
Dolphin....

Kebetulan je...tiba-tiba timbul dolphin, mula-mula seekor  kemudian 3 ekor....rezeki kita orang lah leh tengok dolphin tu....kadang-kadang dia tak timbul lansung....
 






Rumah-rumah orang kaya-kaya kat Mandurah ni....cantik-cantik sangat...



Beposing juga aku macam mak datin.....he...he...he
















Selesai berjimba-jimba di Mandurah kami terus cari tempat untuk menunaikan solat yang belum disempurnakan. Kita orang semua singgah di Masjid Ar Rukun Mosque....terletak Atwood Way, Rockingham.

Bergambar kenangan bersama Farra Hanna di depan Masjid Ar Rukun.

Selesai solat kami semua meneruskan journey lagi ke Harbour Town sebuah Shopping Mall yang terletak di Perth. Masa tu hari sudah malam di mana suhu makin sejuk...lebih kurang 10 darjah celcius. Kami hanya jalan-jalan cuci mata je di sini kerana agak mahal barangannya dan souviner juga mahal di sini. Anak buah aku cakap jangan shopping kat sini nanti bila kita g Freemantle boleh beli di sana kerana lebih murah. Minyak wangi memang murah di Perth ni. Anak buah aku Farra Hanna asyik shopping minyak wangi je...



Kebetulan lagi alangkah terkejutnya bila aku sedang berjalan-jalan di Harbour Town ni aku terjumpa dengan X MPS staff...Jaslina bt Mohamad. Kawan aku ni dah berhenti koje ikut suami dia keje di Perth dan dia tinggal di Perth bersama 3 orang anaknya. Dia menjemput aku ke rumahnya tapi kita orang dah tak ade masa. Lain x la Jas akak g umah Jas....sorry....




Balik dari Harbour Town terus g makan malam di rumah salah seorang kenalan Suraya Hunny orang Singapura. Jamuan Hari Raya. Kebetulan kami datang ke Perth masa tu masih dalam bulan Syawal jadi rezeki kita orang lah makan free....safe banyak le...Tq very-very much...tuan rumah mudah-mudahan murah rezeki.


Tuan rumah yang pakai baju belang tak bertopi tu....
Tetamu yang datang...


Malam ni aku kene serang sejjjuuuukkkkk.....
to be continue....

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign