Tanggal 23-26 Mac 2012, kami ipar duai, anak2 buah telah bercuti ke Bandung Indonesia. Kami pergi sendirian berhad tanpa melalui agen pelancongan pun. Booking tiket Air Asia online lebih kurang 7-8 bulan.....tiket murah RM285.00 seorang...2 hala. Murah kan?
Kapal terbang kami selamat mendarat di Lapangan terbang Bandara Hussien Sastranegara Bandung. Kami tiba lebih kurang jam 1pagi. Dalam hati berdetik juga adakah Pak Tam(Pak Tarmidzi) menunggu kami atau tidak? Kerana kami hanya menghubungi Pak Tam melalui telefon dan e-mail sahaja. Alhamdulillah Pak Ary dan Abah pekerja Pak Tam telah menunggu kami semasa kami keluar daripada airport tersebut dengan 2 buah MPV untuk membawa kami ke Hotel.
Canggih MPV ada TV lg.... |
Sementara menunggu check in hotel. |
|
Hotel Apt kami lengkap dgn kemudahan. |
|
Bilik tidor yg selesa. |
Setelah check in pada malam tersebut kami semua tidor dgn lena kerana letih dalam perjalanan. Keesokan harinya kami semua bangun dan bersarapan di Lobi hotel sementara menunggu Pak Tam sampai untuk membuat bayaran penginapan, transpot dan makan. Alangkah terkejutnya kami apabila kami melihat Pak Ary dan Abah sudah sedia menunggu kami untuk ke destinasi seterusnya. Bagus sungguh pekerja Pak Tam ini awal pagi sudah menunggu kami. Apabila Pak Tam tiba kami pun berbincang tentang harga yang perlu dibayar. Setelah tawar menawar kami semua bersetuju membayar RM420.00 seorang bagi penginapan, transpot dan makan.
|
Permandangan sekitar hotel. |
Hari pertama kami semua bersetuju untuk pergi ke Tangkuban Perahu sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Bandung. Sesiapa yang datang ke Bandung rugi jika tidak pergi melawat ke kawasan yang indah ini.
|
Kawasan permandangan di Tangkuban Perahu. |
|
Tangkuban Perahu yang masih berasap.
Bersama adik ipar Nor Hayati Kushairi |
Bersama biras Nurhijrah Zainuddin
Selepas turun dari Tangkuban Perahu kami singgah shopping di Cihampelas dan Dago. Wah jutaan segera la katakan shopping abis2an.....Kami juga pergi shopping ke Rumah Mode, Heritage, Pasar Baru dan Donnatello serta byk lagi tempat-tempat shopping yang tak tahu nak cakap lagi dah. Jutawan la katakan....ada yang tempah langsir berjuta-juta harganya.....
Pesanan penaja apabila kita nak pergi ke Indonesia ke mana2 negara yang akan kita lawati tolong ambil luggage 30kilo kerana semua family kita kuat shopping. Pengalaman terjadi semasa di Bandung bila luggage kita cuma 15 kilo sahaja setiap seorang. Jadi shopping sampai tak ingat dunia kena bayar luggage 1kilo RM45.00. Adoyai...Nasib cukup duit setelah di tong tong....
|
Selamat sampai di KUL. |
Kami semua selamat mendarat dengan baik di LCCT. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Suami ku telah sedia menunggu dengan bas yang disewa untuk membawa barang-barang kami yang dibeli di Bandung.....Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam percutian ini diharap kalian tidak akan jemu dan serik untuk mengikuti percutian keluarga kita di masa akan datang......PERMISI.