Kami kembali ke Mekah pada hari Jumaat, jadi jalan raya terlalu sesak kerana penduduk tempatan juga datang berpusu-pusu ke Masjidil Haram untuk bersolat. Kami orang perempuan tidak dibenarkan keluar untuk ke masjid memadai solat di Surau hotel je.... Selesai buat Tawaf Ifadah telah sempurna lah Haji kami...Selepas tu kami mula mengerjakan umrah pula....yang mana kami bermiqat di Tanaem....Itu lah rutin kami setiap hari bila ada masa lapang selepas solat Subuh kami akan mengerjakan Umrah....jam 9.00pagi kami telah pulang ke hotel dan berehat serta tdo sekejap. Bila ada kelapangan kami pergi menziarahi kawan2 yg dtg sama2 buat haji tapi mereka mengikut package dan tinggal di hotel mewah.
Miqat di Tanaem. |
Hotel Zam-Zam Tower |
Sahabat suami Dato' Suhaili Ahmad |
Bersama sahabat Datin Yus. |
Permandangan dr atas hotel Zam-zam Tower. |
Datin Yus, Dato' Ili, My Hubby, Me, Cikgu Ros dan Aniq di Zam-zam Tower. |
Menziarahi sahabat2 satu pejabat...Aziah, Me, Kak Milah, Kak Ros, Kak Ainon dan Hj Hamzah abg Noh Omar. |
Kawan2 satu ofis. |
My Hubby jumpe kawan se Kg....Hj Jaafar. |
Ziarah kakak ipar Hjh Maznon Maun di maktab 74. |
Ziarah ibu saudara Salmeh Md Desa di Maktab 75. |
Jumpa Abang ipar suami di Masjidil Haram...Yeop Yunus yg kematian isteri Yong Nab di Mekah pada 6/11/2010 |
Selepas buat Haji melawat Jabal Sur....di mana tempat Nabi Muhammad s.a.w. terima wahyu di Gua Hira'. |
Masjid Hudaibiyah. |
Depan pintu No 1 King Aziz. Dari hotel tempat aku tinggal boleh g masjid ikut pintu No 45 Al-Fatah kene ikut terowong atau pun pintu No 1 King Aziz kene jalan ikut kedai.... |
Sekali sekala ubah selera makan kat D'Saji....di As Safwa Tower. |
Jumpa En Mat dekat tempat Saei... |
Yeop sdg cerita isterinya meninggal dunia... |
Beli juga kasut....sbb byk berjalan kaki dah sakit... |
Rasanya dah tak ade ape2 lg cerita semasa kami di Mekah...masa kami pergi ke Mekah tu Masjid Kucing masih ada tapi sekarang dah dirobohkan aku tgh cari gambar aku kat Masjid Kucing tapi x jumpe la pulak...Akhir sekali kami dimaklumkan akan bertolak ke Madinah dan akan berada di sana selama 9hari.....selesai mengerjakan Tawaf Wida' (Tawaf Selamat Tinggal) kami terus bergegas menaiki bas yang telah sedia menunggu.....SELAMAT TINGGAL KOTA MEKAH aku akan terus merindui MU....terasa sungguh pilu dan amat menghibakan......ok hingga ketemu lagi....tguuuuu....MADINAH AKU DATANG.....
to be continue.......