Kedai Kebab Orang Turki. |
Kene tanya dulu tokei kedai tu samada halal atau tidak kerana ada juga kedai Turki tapi tak halal.
Hari pertama dah penat jalan-jalan di Bandar Perth baru rasa lapar....apa lagi cari restoran halal orang Turki....makan burger dan air mineral jer...Air mineral RM10.00 burger RM30.00. Ini baru sekali makan bayangkan jika B.L.D. mau RM120.00 sehari. Semasa di Aussie ni kita orang selalu masak dan bawa bekal g mana-mana lokasi yg sesuai utk picnic.....hampar je tikar dan makan. Lagi pun makanan halal susah dapat di sini. Safe sikit....
Burger Halal |
Sebelah petang balik rumah dan rehat. Bila lewat petang keluar bersiar-siar bersama Farra Hanna dan Ideen Maleq ronda-ronda sekitar perkampungan Jakovich Circuit, Artwell hingga ke senja....
Sebelah malam pula keluar bersama Dr. Hisham dan isterinya DJ ke pasaraya BigW berhampiran dengan rumah yang kami tinggal. Malam tu ade la shopping sikit-sikit sebab BigW ada buat sale diaorang panggil Charching!
Bersama DJ dan Musaab. |
Selesai hari pertama 13 September 2012.
to be continue......