Selasa, 20 November 2012

BANDUNG TRIP....23-26 MAC 2012.

Tanggal 23-26 Mac 2012, kami ipar duai, anak2 buah telah bercuti ke Bandung Indonesia. Kami pergi sendirian berhad tanpa melalui agen pelancongan pun. Booking tiket Air Asia online lebih kurang 7-8 bulan.....tiket murah RM285.00 seorang...2 hala. Murah kan? 


Kapal terbang kami selamat mendarat di Lapangan terbang Bandara Hussien Sastranegara Bandung. Kami tiba lebih kurang jam 1pagi. Dalam hati berdetik juga adakah Pak Tam(Pak Tarmidzi) menunggu kami atau tidak? Kerana kami hanya menghubungi Pak Tam melalui telefon dan e-mail sahaja. Alhamdulillah Pak Ary dan Abah pekerja Pak Tam telah menunggu kami semasa kami keluar daripada airport tersebut dengan 2 buah MPV untuk membawa kami ke Hotel.


Canggih MPV ada TV lg....
Sementara menunggu check in hotel.
Hotel Apt kami lengkap dgn kemudahan.

Bilik tidor yg selesa.
Setelah check in pada malam tersebut kami semua tidor dgn lena kerana letih dalam perjalanan. Keesokan harinya kami semua bangun dan bersarapan di Lobi hotel sementara menunggu Pak Tam sampai untuk membuat bayaran penginapan, transpot dan makan. Alangkah terkejutnya kami apabila kami melihat Pak Ary dan Abah sudah sedia menunggu kami untuk ke destinasi seterusnya. Bagus sungguh pekerja Pak Tam ini awal pagi sudah menunggu kami. Apabila Pak Tam tiba kami pun berbincang tentang harga yang perlu dibayar. Setelah tawar menawar kami semua bersetuju membayar RM420.00 seorang bagi penginapan, transpot dan makan.




Permandangan sekitar hotel.

Hari pertama kami semua bersetuju untuk pergi ke Tangkuban Perahu sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Bandung. Sesiapa yang datang ke Bandung rugi jika tidak pergi melawat ke kawasan yang indah ini.









Kawasan permandangan di Tangkuban Perahu.
Tangkuban Perahu yang masih berasap.








Bersama adik ipar Nor Hayati Kushairi
Bersama biras Nurhijrah Zainuddin

Selepas turun dari Tangkuban Perahu kami singgah shopping di Cihampelas dan Dago. Wah jutaan segera la katakan shopping abis2an.....Kami juga pergi shopping ke Rumah Mode, Heritage, Pasar Baru dan Donnatello serta byk lagi tempat-tempat shopping yang tak tahu nak cakap lagi dah. Jutawan la katakan....ada yang tempah langsir berjuta-juta harganya.....


Pantun Bandung


Cikgu Beso dari atas hingga bawah semua shopping kat Bandung.
 

Pasar Baru.
Sibuk tempah jeans dan slack kat Aria Jeans.
Apabila dah keletihan shopping baru teringat nak makan....kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran minang, nama dah tak ingat dah....Selepas makan dan solat kami dibawa ke tempat shopping lagi....jutawan belum fakir lagi daaa.......





Ayam belado.
Kami dibawa ke Pasar Baru tempat shopping yang semua barang ada disitu.....rasa-rasanya kami tak habis pusing pasar ni kerana banyak tingkatnya....dan kami sudah capek....ada yang beli kain sedondon untuk di buat baju semasa majlis perkahwinan.... memang murah shopping disini jika dibandingkan dengan Malaysia. Ada yang shopping telekung, tudung, langsir dan lain-lain lagi....kami shopping hingga lewat petang. Bila dah tutup kedai kami pun cari tempat untuk makan malampada hari tu....Apa lagi semua setuju pergi ke Kampung Daun untuk makan malam.....sebuah tempat makan yang unik dan terkenal di Bandung.


Letih bershopping tgu makanan sampai.
Makan nasi daun pisang.
Teh rase mcm teh cina je...
Tengah bersantap



Tak Faham Bahasa nya...Datang Lagi kot....


Setiap hari kami keluar hingga lewat tengah malam baru pulang ke hotel untuk beradu. Masing-masing udah capek.....mau ngak asyik nyopin dari pagi hingga malam bu....

Jutawan udah jadi fakir....he...he...he...
Hari terakhir kami pergi shopping lagi ke Pasar Baru. Masih ada barang yang hendak dibeli. Ish...ish...selagi tak balik selagi tu lah asyik nyopping je. Nak habiskan duit konon. Kami juga pergi membeli kek dan brownies di kedai Kartika Sari dan Amanda. Pada hari terakhir kami makan di Pasar Baru je....ikan Gurami...gambo rase dah amik tapi tak ade pula....ikan yang di pintal2 tu....

Ibu ini berebut2 nyuruh makan kat kedai die...
Farra Hanna & Farah Al Wani
Hari terakhir sibuk nak p Pasar Baru lagi...tak puas kate deme...
Sempat bergambar kenangan semasa hendak pulang ke Malaysia di hadapan  Garden Permata Hotel.
Pada hari terakhir tu ada yang pergi ke Pasar Baru ada juga yang pergi ke Rumah Mode untuk last shopping. Ada yang pergi ambil seluar di Aria Jeans tapi tak siap lagi....dah jadi kelam kabut sikit....hingga tokeh kedai Aria Jeans hantar ke Pasar Baru kerana kami semua ada di situ. Langsung kami semua tak cuba pun seluar yang ditempah tawakkal je lah...Alhamdulillah semuanya cantik2 belako dan muat2. Bila masa telah tiba ke penghujungnya kami semua dihantar oleh Pak Ary dan Abah ke airport untuk pulang ke Malaysia. Pak Tarmidzi(Pak Tam) mengirim ole-ole buat kami semua iaitu kek dan brownies Amanda. Huh sungguh sedap dan lazat sekali terima kasih Pak Tarmidzi dan bapak-bapak super yang tidak jemu2 membawa kami berjalan-jalan diseluruh kota Bandung. Percutian kali ini sungguh happening dan amat menggembirakan....Selamat Tinggal Bandung....HINGGA KITA KETEMU LAGI DI SUATU MASA.....BYE...BYE....

Di Airport....terkene godaan cik adik yang manis ni....
Menunggu Flight.


Pesanan penaja apabila kita nak pergi ke Indonesia ke mana2 negara yang akan kita lawati tolong ambil luggage 30kilo kerana semua family kita kuat shopping. Pengalaman terjadi semasa di Bandung bila luggage kita cuma 15 kilo sahaja setiap seorang. Jadi shopping sampai tak ingat dunia kena bayar luggage 1kilo RM45.00. Adoyai...Nasib cukup duit setelah di tong tong....

Selamat sampai di KUL.
Kami semua selamat mendarat dengan baik di LCCT. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Suami ku telah sedia menunggu dengan bas yang disewa untuk membawa barang-barang kami yang dibeli di Bandung.....Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam percutian ini diharap kalian tidak akan jemu dan serik untuk mengikuti percutian keluarga kita di masa akan datang......PERMISI.

Komen
1 Komen

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign