Rabu, 13 November 2013

ANGAN ANGAN KU BERHASIL SUDA....


Assalamualaikum semua....memang cita2 akak nak touchdown Tokyo satu hari nanti. Haish kita ni mesti punya angan2 no. Baru boleh jadi kenyataan. Haaa...hasrat akak yang terpendam sejak sekian lama ni akhirnya menjadi kenyataan juga. Sbb angan2 akak tu la.....berangan ni bukan kene bayar pun percuma je...baik berangan kan? Syukur Alhamdulillah.....Masa tu tak tau musim apa yang best di Tokyo, Japun ni. Baca lah blog2 dan rujuk juga entry2 tripadvisor depa kata kalau nak pi Jepun ni pi la dlm musim Spring atau Autumn. Kalau pi semasa musim Spring boleh tgk Cherry Blossom yang keluar bunga 7hari sahaja dalam setahun betui ka? Ntah lah akak tak tau la pulak sbb tak ada pengalaman lagi pi masa Spring tu. Lepas tu kawan2 akak roger2 juga nak pi Jepun tak? Pada musim Autumn? Apa lagi akak join lah. Bermulalah operasi membooking tiket pada bulan Ogos 2013. Yang diuruskan oleh sahabat akak yang sorang ni. Harga tiket masa tu RM1194.00 pi balik. Kami beli jer sbb nak pi sesgt. Tak tau lah murah ke tak? Main redah jer. Pass tu add on masa pi dan balik nasi lemak Pak Naser dan Nasi Ayam RM30.00. Kami semua akan fly pada 31-5 Nov 2013. Lebih kurang 3 bulan dah booking tiket. Akak tahu harga tu tak la murah sgt. Boleh dpt lg murah jika booking lagi awai mcm 6 bulan sebelum terbang.




Autumn? Huh mmg tak dapat akak bayangkan lagi macamana rupa sebenaqnya musim ni. Ye la akak tak penah pi lg masa musim Autumn ni. Depa kata cantik. Betui ka? Ntah lah tak tau nak citer pun. Tgk gambaq2 dlm web mmg cantik sekali dan rasa tak sabaq nak terbang pi Jepun ni. Nak tgk gunung Fuji gunung yang pemalu tu. Sebab apa di panggil gunung pemalu? Sbb selalunya gunung ni dilitupi oleh kabut dan susah nak dpt tgk cuma org yang bertuah je dapat lihat gunung ini. Bolehlah kan jika saat kita nampak gunung ni kita panggil Golden Moments kan.

Pertama sekali dalam fikiran akak macamana nak buat VISA?  Baca pulak entry mcmana nak buat Visa ni. Mcm2 depa dok citer. Rasa mcm ssh sgt pun ada. Siap nak tunjuk duit dlm bank lg. Adoiii. Tut tut tebaca mulai 1 Julai 2013 VISA utk ke Jepun tak perlu lagi sekiranya ada passpot biometrik tu. Kan senang tak pyh serabut pala otak.








Akak mula buat persiapan sikit2 macam beli makanan Brahim's spt nasi goreng kampung, nasi lemak, nasi tomato, nasi goreng ayam, nasi cendawan dan keju dll lg. Kari ayam dan daging pun ada juga. Maggi of course kene bawa juga sbb kat Jepun tu makanan halal susah nak dpt. Bila dah dekat2 nak pi nti boleh la akak masak serunding ikan bilis, sambai ikan bilis kering. rendang daging ka atau beli je serunding siap2 tu serta rebuih nasi impit dan bawa kuah kacang ready made. Hmm sedap tu bila berada di perantauan makan benda mcm tu mesti best kan. Lagi pun depa kata kat negara Jepun tu semua mahai2 belaka. Air mineral pun sebotoi RM3.50 @ 4 inggit yang botoi kecik tu. Alkisahnya masa kak pi kat airpot hari tu mmg kastam dan imegresen tak check pun beg sgt. Depa lepas je sbb depa tau akak nak pi negeri yang tak dak makanan halal kot. Air pun lepas juga. Alhamdulillah....selamat.

Kedua akak check cuaca dan suhu macamana? Sejuk ka panaih ka? Boleh cek kat sini ok. Rasa2  masa akak pi musim Autumn ni tak la sejuk sgt kot. Cuma kalau kat tanah tinggi tu sejuk la sikit. Jadi utk langkah2 keselamatan akak kena bawa juga long john buang selai dua dan baju panaih selai. Get ready je no. Baju ujan pun kene ready juga. Payung x de la bawak. Kalau ujan kat sana pun nti beli je payung tu.

Yang penting sekali charger hp dan adaptor. Bawa je yang international adaptor tu semua leh guna. Camera dan bateri kena bawa juga. Dan yang no satu penting passpot yg ada cinonet 4segi kat bawah passpot tu dan duit Yen ok. Akak tukaq tak byk pun 90k Yen sama dengan RM2952.00. Rasa2 akak itu je la persiapan akak utk ke Jepun ni. Cukup lah kot bukan nak pi shopping pun. 1 luggage bag 30kg dan 1 bag pack 7kg. Ok lah no cukup lah sampai disini....nti akak citer lagi kat entry day one Autumn in Tokyo.....tgu no...bye....

Salam sayang,



Komen
3 Komen

3 ulasan:

Azie berkata...

As salam. Baca tang persiapan pun dah terasa best nya. Saya pun lum pernah ke Jepun. Nnt satu hari boleh lah join sekali.

Unknown berkata...

In Sya Allah Azie jika ada umur boleh kita join sekali.

Unknown berkata...

Waalaikummussalam Azie...

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign