Assalammualaikum
semua....ha ni akak nak stat citer pasai Jepun ni. Tanggal 31 Okt 2013
akak dah cuti masa tu bertolak ke LCCT jam 11pg dari rumah Shah Alam.
Sampai kat LCCT lebih kurang jam 12.15tgh. Ketua rombongan mak jemah
kata kene sampai jam 12.30tgh. Akak sampai
dulu rupenyer. Ye la sorg kawan akak tu dari Kuantan, 2 org dari Melaka
dan 2 org lg dari Puchong. Nak kumpulkan org bukan senang. Flight akak
jam 2.40 ptg. Tgu punya tgu sorg2 member sampai. Alhamdulillah....Pas tu
pi check in baggage. Dah selesai check in baru leh pi solat siap2 dan
buat la apa2 yg patut. Akak tak mkn pun sbb naik flight sat gi dia akan
bagi mkn nasi lemak Pak Nasir buat alas perut. Jadilah. Tgu nyer tgu jam 5ptg baru AA bagi mkn. Selepas 2jam terbang. Akak pun mkn dgn lahapnya... sedap je sbb laparpo.
Atas
flight tu tdo je akak ni sampai tak buleh nak buka mata. Paramugari
kejut bg nasi nak mkn baru terjaga. Hai ngantok bukan main. Perjalanan
lama lagi. Ye la dari LCCT ke Haneda airport memakan masa lebih kurang
6jam 30 minit. Bertolak tadi jam 3.05ptg. Lama tu....Lepas makan sambung tdoq lagi. Sedarq2 pilot
announce kapal dah nak mendarat. Masa tu akak tgk jam dalam 9.30mlm
waktu Msia. Waktu Jepun cepat sejam dari waktu Msia.
Cantik juga Haneda airpot ni. Turun2 k/terbang terus cari tandas. Buang apa yang patut. Wehhh tandas dia canggih no sampai terkedu tak reghti nak guna mcmana. Kene baca la. Dah lah ditulis dlm bahasa Jepun je. Akhirnya ada juga dlm bahasa Inggeris...Start, Bidet....dan mcm2 lg. Mcm jakun la pulak akak ni....Tandasnya sgt2 bersih.
Kat Haneda airpot ni senang je lepas. Imigresen dia tak byk tanya pun. Beg pun lepas je....sdgkan dlm beg akak tu punyalah byk makanan. Alhamdulillah lah....agaknya dah tengah malam kot....
Lepas amik beg kami pun cari route bas yang macam Puan Nori Roponggi tu cakap. Kami ni mmg ikut Nori Roponggi nyer blog siap print bagai sbb pi Jepun ni pun tak amik mana2 ground package pun main redah sendiri2 je. Dari tingkat atas kami turun dengan lif pi tingkat bawah utk pi cari bus stop no 11 belah kanan. Dah jumpa ada pula org cina Msia tu cakap kena tukar coin utk masuk dlm mesin bas tu nanti. Sbb duit kami semua besaq2 belaka. Kena tukaq kat vending mesin dia. Belari la akak pi kat vending mesin tu sbb bas akan sampai bila2 masa je lagi. Kalau tak terlepas bas tu dan kami tak akan dpt bas lagi sbb bas tu bas yang terakhir mlm tu. Alhamdulillah ada polis yang jaga kat situ bila akak tanya macamana nak tukaq coin ni. Dia kata tak payah tukaq bayar ja atas bas. Sudah yang mana satu betui ni. Berlari la pulak akak bgn Kak Meen pi kat bas stop tu. Dok sat bas pun sampai dan kami naik. Kami tunjuk 6 orang. Hah...lega bagi je duit besaq kat driver bas tu dia tukaq bagi duit baki kat kami. Seorg kena dalam RM9 sama dengan 270yen. Hmmmm lega.....masa tu dah jam 23.45mlm waktu Jepun. Dah tgh malam no....
Suasana semasa dalam bas seronok sgt dah ada atas bas nak ke hotel. Tegelak juga sbb byk sgt info yang tak betul yang kami dpt cam gini cam gitu. Pada hal ok je kalau tak dak coin pun driver bas tu layan jugak....pelancong kan. Perjalanan lebih kurang setengah jam dari airpot ke Hotel kami. Ntah macamana dah sampai bas kami tu tak pi Kamata Stesen dia berhentikan kami di satu bus stop dekat ngan hotel kami. Driver bas tu kata kat kami jalan terus dua simpang lintas jalan dan belok kanan utk pi hotel kami. Turun dari bas kami tanya orang tunjuk nama hotel sbb org Jepun ni kita kena tulis kat depa. Depa tak faham cakap omputih pun. Depa tunjuk jalan ke depan lagi....kami jalan lagi lintas jalan dan belok kanan hah nampak dah lambang hotel kami. Leegggaaa.....
Haaa dah jumpa pun hotel kami. Semua suka....Semasa check in dia minta satu passpot je nak photostat kot. Kami tunjuk je kertas booking tu. Kami booking hotel ni melalui booking.com. Selepas dah dpt kunci kami tanya perkhidmatan penghantaran beg kami utk lusa ke hotel APA Hotel pula. Sbb besok kami akan pi ke Hakone satu hari dan terus menginap di K'House, Kawagichiko satu malam dan selepas itu baru balik ke Tokyo semula. Perkhidmatan tersebut ada ditawarkan dengan RM45 seorg beg sederhana besar. Beg kecik murah sikit. Sbb kak som beg kecik kena bayar RM35 je. Lepas la satu beban tak payah nak usung beg ke sana sini. Jadi mlm ni kena masukkan baju sepasang dan bawa apa2 yang patut ke dlm beg pack utk tdo di K' House tu semalam je. Kat hotel ni akak ada beli payung yang comel cinonet dengan harga RM15. Akak beli payung tu sbb nak tukar duit besar akak tu 10,000yen. Tapi cantik dan senang utk dibawa payung lipat tu. Kot-kot hujan boleh guna kan....
Selesai urusan kat lobi mlm tu baru lah kami masuk ke bilik masing2 di tingkat berapa akak dah tak igt. Tekejut lagi sekali sbb bilik hotel ni terlalu kecik sgt2 muat2 sendat2 je. Hiss pandai sungguh org Jepun ni mempergunakan ruang. Nak solat pun kena cari ruang yg sesuai utk diselit. Akak tak tau lah satu malam berapa RM kat sini. Kene tgk sendiri lah no....kat Agoda ka Booking.com ka. Tapi hotelnya kemas dan bersih sekali. Puas hati jugak tapi sempit.
Ni la hotel akak tdo mlm tu. Sok pagi2 buta dah nak kuar dah. Mahal tau hotel kat Tokyo ni. Tapi tahap kebersihannya nombor satu la. Malam tu lepas berkemas back pack akak pun ZZZZZZZZZ sampai pagi.....ok lah ye hga sini dulu.....tgu entry akak ke Hakone esok....bye......
Salam sayang,Ni la hotel akak tdo mlm tu. Sok pagi2 buta dah nak kuar dah. Mahal tau hotel kat Tokyo ni. Tapi tahap kebersihannya nombor satu la. Malam tu lepas berkemas back pack akak pun ZZZZZZZZZ sampai pagi.....ok lah ye hga sini dulu.....tgu entry akak ke Hakone esok....bye......
to be continue....