Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Apa khabar hari ini? Semuga sihat2 selalu. Ok lah ya...akak nak sambung cerita pasai kat Hong Kong lagi ni. Balik dari Ngong Ping Village 360 tu kami semua pi Disneyland pulak. Dari Tung Chung MTR station kena turun di station Sunny Bay guna Octopus Card lebih kurang HKD12.90. Dekat Sunny Bay ni lah kita kena tunggu ketapi yang nak pi Disneyland tu. Mmg dekat sgt2. Ikut ja signboard pasti tak sesat. Jom layan gambaq....
Jom nak cerita sikit mengenai Hong Kong Disneyland ni. Hong Kong Disneyland adalah sebuah taman hiburan atau tema di Hong Kong Disneyland Resort. Taman ini dibuat oleh Walt Disney Company dan Pemerintah Hong Kong di tanah sebelah Teluk Penny, Pulau Lantau, Hong Kong. Taman ini dibuka untuk umum pada 12 September 2005. Insan wikipedia.
Yang best nya kan keretapi yang kami naik ni pun ada gambar2 mickey mouse. Tingkap dia, pemegang dia mcm2 lagi.
Naik kot tangga tu untuk ke pintu masuk Disneyland |
Akak dan kawan2 yang lain tak masuk pun taman tema ni. Sbb semua sepakat dan sebulat suara kata tak payah masuk. Depa semua kata dah pi Universal Studio Singapore (USS) lebih kurang la kot. Akak ikut ja depa. Kalau akak mai lagi sekali bawa cucu boleh la nak masuk kan. Jadi kami pun singgah sini posing2 ja la kat luar pagar tu. Jadi lah kan. Seronok juga.....
Lepas bergambaq sakan kat Disneyland tu kami naik train lagi untuk pi Masjid Ammar sbb kami belum solat dan makan lagi. Kami nak pi mkn kat restoran halalan toiyibban dalam Masjid Ammar tu depa kata dimsum dia sedap. Islamic Center Canteen.... Dari Sunny Bay station naik MTR turun kat Hong Kong station. Jalan pi kat Central Station utk naik MTR ke Wanchai station. Turun kat Wanchai Exit A3.Lintas jalan dan belok kiri. Cari station tram ok mesti station tram ni terletak disebelah kiri jalan.
Kami nak naik Ding Ding Tram. Haaa nak merasa la jugak kan dah sampai Hong Kong ni. Jadi kami jalan kaki pi station tram tu. Kami tengok je atas jalan ada jalan macam jalan keretapi tu dan ada hentian mcm tempat tunggu bas tu kami pun tanya orang. Bila dah betul arah baru kami beratur. 2 tiga kali la juga dok lintas jalan ni sbb orang yang kami tanya tu sat kata sebelah ni sat kata sebelah nun. Adoiii....pengalaman sungguh no. Nak pi Masjid Ammar ni kena naik tram ni ke stesen Tonnochy Road ( Tram Stop di Hentian No. 47E ). Kami guna octopus card lagi dengan harga HKD2.30 seorang. Yang bestnya naik tram ni pi jauh mana pun harga tetap sama ja HKD2.30. Naik la tram pusing2 kota Hong Kong happening tau. Jom layan gambaq......
Kami nak naik Ding Ding Tram. Haaa nak merasa la jugak kan dah sampai Hong Kong ni. Jadi kami jalan kaki pi station tram tu. Kami tengok je atas jalan ada jalan macam jalan keretapi tu dan ada hentian mcm tempat tunggu bas tu kami pun tanya orang. Bila dah betul arah baru kami beratur. 2 tiga kali la juga dok lintas jalan ni sbb orang yang kami tanya tu sat kata sebelah ni sat kata sebelah nun. Adoiii....pengalaman sungguh no. Nak pi Masjid Ammar ni kena naik tram ni ke stesen Tonnochy Road ( Tram Stop di Hentian No. 47E ). Kami guna octopus card lagi dengan harga HKD2.30 seorang. Yang bestnya naik tram ni pi jauh mana pun harga tetap sama ja HKD2.30. Naik la tram pusing2 kota Hong Kong happening tau. Jom layan gambaq......
Naik tram tu tak lama pun dalam masa lebih kurang 10minit kami sampai ke destinasi kami iaitu hentian No. 47E. Kami turun dan lintas jalan belah kanan ok. Hah kami pun jalan lagi celah2 bangunan tu ikut tempat court orang main futsal. Naik anak tangga sikit untuk ke jalan atas sampai jumpa kedai 7Eleven. Lintas jalan kat trafik light tu. Terus jalan lagi sampai ke hujung dan kona ke kiri. Haaa dah nampak Masjid Ammar tu. Akak ada amik gambaq tu tapi cari tak jumpa nak upload gambaq court futsal tu gambaq kat lorong2 tu dan 7E serta trafik light tak leh upload lah ye. Akhir nya kami sampai juga kat Masjid Ammar tu. Masa tu dah jam 2.15 petang.
Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre (Tel: 2575 2218) terletak di 40 Oi Kwan Road, Wan Chai (Stesen MTR Wan Chai Exit A3).
Sampai-sampai ja kat masjid tu, mula2 kami tanya orang tempat makan restoran halal tu. Ada seorang orang Indon yang cakap restoran tu kat tingkat 5. Apa lagi kami pun terus naik lif ke tingkat 5 tu. Haahhh lega....laparq dah bukan main lagi ni. Sampai2 ja kat situ kami tgk semua kosong ja. Ada 1 meja ja dok tengah makan. Kami pun duduk lah 2 meja 10 kerusi punya. pas tu amik ode. Tau la kan ode pun amik masa juga kan. Kelam kabut pramusaji restoran tu kerana depa kata restoran tu nak tutup dah pada jam 3 petang. Adoiiii....kami ode juga la sbb lapar kan. Ada yang ode dimsum dan mcm2 lagi. Ni mai nak habaq dimsum dia akak mkn mmg terbaik sedap bukan main tapi sos di tu adoiii pedaih melahang. Akak tak mkn pedas sgt tu yang rasa pedas tu. Tapi mmg best. Ni lagi satu nak habaq hang ayaq minum bila akak ode dia kata amik dalam peti ais. Bila akak dah amik air botol tu.....tut tut meja sebelah semua dapat ayaq milo ais. Laaaa awat jadi mcm tu. rupanya meja sebelah tu ode awai2 lagi tu yang dapat. Bila dah ode lambat tu yang tak dapat tu. Hmmmm melepas nak minum milo. Jom layan gambaq.........
MasyaAllah hampa nak tau dak? Kami ni dok ode la sorg2 semua amik makanan kegemaran la konon. Yang pelik nya makanan tak sampai lagi pramusaji tu dah bawa pinggan kosong dalam 7 lapan biji. Kami pun heran awatnya dia bawa pinggan tu. Rupa2 nya bila dah sampai makanan yang kami ode tu.....kami semua tekejut monkey.....punya la banyak portion nya seorang bole makan untuk 2 orang. Agaknya pramusaji tu pun heran awatnya group ni pelahap sgt ode setiap orang satu. Hmmmm amik ko makan sampai tak larat nak mkn. Nak muntah lagi ada. Nasi goreng cina dia mmg sedap. Yang lain2 tu boleh la nak layan. Tapi jika ikut tekak kita orang Malaysia ni.....hmmmm hampeh.
Dah makan kenyang mula la time nak bayar pula. Kami semua suruh kira asing2. Masing2 punya tapi cashier tu tak tau kami cakap apa dia tak faham dia pi kira untuk semua pulak. Jenuh satu bab nak tgk harga masing2 nak bayar balik kepada org yang bayar tu. Mmg kat sini depa semua tak faham ada lag seorg yang faham sikit2 cakap omputih jadi kat dia la kami berkomunikasi. Akhirnya selesai juga langsai bayaran kami tadi tu. Kena semak ya tuan tuan dan puan2 sbb cashier tu main kira ja makanan yang tak dapat pun dia kira sekali. Kalau tapau bungkus pun dia caj juga. Kami dah terkena.
Selepas makan kami pi solat pula. Tempat solat wanita di tingkat 3 kalau tak silap akak. Kena turun amik air sembahyang di tingkat 1 ok. Memang selesa dan cantik Masjid Ammar ni. ruang solatnya pun besar. Bertuah nya diri akak ni dapat solat dan beriktiqaf dalam Masjid di Hong Kong ni. Alhamdulillah. Syukur.
Ok lah hingga setakat ini dulu entry akak pada kali ni. Rasanya dah cukup akak cerita kat sini. Lepas solat di Masjid Ammar ni kami nak pi naik ferry pulak dan nak pi Avenue of Star dan Masjid Kowloon untuk solat Magrib dan Isyak dak sana. Lepas tu kami nak pi Ladies Market ok nak shopping pula sbb besok pagi kami dah nak pi Shenzhen.....tgu ok entry akak seterusnya......byeee......
to be continue.......
Salam sayang,