Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Hari ni akak nak sambung lagi entry akak seterusnya. Hari ni kami semua nak say good bye to Hong Kong. Hai bila la pulak nak datang lagi tak tau la kan. Ok lah ya....kami pagi tu mmg sepakat tak mau naik MTR sbb nak tarik beg yang besaq2 tu nak naik tangga turun tangga lagi. Jadi kami sebulat suara semua naik bas je, dari hotel area Chungking Mansion tu keluar belok kiri untuk pi ke bus stop ni Middle Road Tsim Sha Tsui. Dekat ja tak sampai seminit pun jalan kaki kat bus stop ni. Dari bus stop ni kami naik bus no dah tak ingat ke station Hum Hom. Kami tengok bus yang tulis Hung Hom kami naik. Mula2 cuak juga nak naik bas ni sbb bawa beg besaq2. Tapi kami tawakkal jer. Pemandu bas yang berhenti amik kami tu perempuan tersangat lah baik nya tunggu kami semua naik. Baru dia jalan. Bas tu pun pagi2 buta tu tak dak orang kosong pun hanya kami ja dalam bas tu. Macam kami chartered bas tu pulak. Ha ha ha....
Pakcik yang baik hati |
Pakcik ni yang cakap ada bas pi Hung Hom kat bus stop ni. Pakcik ni umur dah 70 tahun tapi masih bekerja dgn majlis bandaran. Pandai speaking London pulak tu.
Sampai Hung Hom station bus kami semua berjalan ke train station Hung Hom. Ada signage ok. Ikut je signage tu. Lepas tu kami amik MTR East Rail Line ( Metro Line Biru Muda) terus ke stesen Lo Wu iaitu sempadan Hong Kong ~ China. Kami masih menggunakan octopus card tu dengan harga HKD36.50. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50minit sampai Lo Wu. Kat Lo Wu ni la boleh tukar semula octopus card tu dan boleh dapat balik lebihan duit yang ada dalam card tu. Tapi ada caj juga dia akan tolak. Akak dan group tak pi tukaq pun sbb balance tinggai sikit ja. Kami menapak lagi sekali ikut sini. Masa hari mula sampai dulu dah menapak juga, hari ni lagi sekali menapak. Tapi clear je kurang orang, agaknya pagi sgt kot. Kami kena jalan kaki masuk ke Station Luohu (Shenzhen) melalui imigresen Hong Kong dan China. Kena ada visa tau bila nak masuk China. Macam biasa la kan kena isi borang lagi arrival card. Amik je kat kaunter sebelum beratur kat imigresen tu. Lepas border tu kami dok kalut tukaq duit HKD ke CNY(RMB) yang masih berbaki. Ada la sikit2 lagi. Lepas tu baru menapak balik cari hotel nak check in. Kami dok di Shenzhen Railway Station Hotel dekat je le. Address: 1 Jianshe Road, Luohu, Shenzhen, Guangdong, China, 518001
Phone:+86 755 8232 1168
Akhirnya kami sampai di Hotel tu. Urusan check in dulu. Alhamdulillah dibenarkan masa tu lebih kurang jam 10 pagi. Tapi anda nak tahu hotel ni amik wang cagaran (deposit) sebanyak CNY500 satu bilik. Mak ai byk nya kan. Kami pun ikut je le sbb yg penting dapat simpan beg kat bilik. Masing2 naik simpan beg kat bilik lepas tu turun semula sbb nak pi Splendid Of China pula. Kami mmg kejar masa kerana 1 hari 1 malam je kat Shenzhen ni. Lain kali kalau nak dtg lagi kena duduk 3h2m baru best.
Alhamdulillah.....selesa dan besar bilik hotel ni. Lega. Cantik dan bersih pula. Puas hati. Jika dibandingkan dgn hotel yang kami inap kat Hong Kong tu jauh berbeza. Bebaloi sangat2.
Sementara menunggu rakan2 yang lain turun kami sempat mengambil gambar di perkarangan hotel tersebut. Selepas sudah cukup semua baru la kami menapak lagi ke station MTR utk pergi ke Splendid of China. Jom layan gambaq......
Dari Metro MTR Luohu, kami amik subway Line 1 (Luobao Line). Lebih kurang 30 minit melalui 13 stop. Turun kat Huaqiaocheng
( Overseas Chinese Town Station) = [OCT] . Kena exit D ok. Lepas tu berjalan lagi 15 minit ke depan tu. Haaa.... dah sampai pun. Amik tiket dulu ok tak payah nak beratur time kami pi ni tak berapa ada orang sangat pun. Tiket seorang CNY180. Jom layan gambaq.....

ah berehat
seketika di The LOFT yang bercirikan Scandinavian ini, kami langsung
menuju ke taman tema Splendid China dan Cultural Village yang terletak
20 minit berjalan kaki dari The LOFT kami. Agak ramai juga pengunjung
yang berada di sini, dengan pelbagai aktiviti dan persembahan. Kami
menuju ke bahagian Splendid China terlebih dahulu, miniature bangunan,
objek, monumen bersejarah, perkampungan terkenal yang terdapat di serata
Negara China yang besar dan pelbagai itu. Cukup teliti, halus dan tepat
rekaan miniature yang dibuat di sini, membuahkan niat untuk melawat ke
tempat sebenar seperti Great Wall, Imperial Palace, Lhasa dan lain-lain.
Selain dari miniature tersebut, ada juga rumah-rumah bersaiz asal
terdapat di bahagian Cultural village yang menempatkan beberapa rumah
suku kaum minoriti seperti Uighur, Mongol, Xian dan Tibet. Apabila tirai
malam berlabuh, satu persembahan kebudayaan pula dihidangkan kepada
pengunjung di auditorium terbuka, persembahan menarik ala-Citrawarna
tetapi dengan props yang lebih menarik dan grand. Babak-babak kewujudan
Negara China dari zaman batu, zaman peperangan sehinggalah kini.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Setelah berehat

Belakang tu tempat beli tiket |
Kami tahu taman tema ni teramat lah besaq nya. Jadi kami amik keputusan nak naik transpot dalam tu. Byk juga transpot yang ada macam2 harga ok. Ada yang mahai ada yang murah. Last2 kami amik keputusan untuk naik kereta kuda tu. Menarik juga. Satu kepala dia caj CNY50. Boleh la kan. Kesian pula kat orang yang tarik kuda ka keldai tu berjalan kaki ja. Jika nak berjalan2 dalam taman ni mak ai tak habis satu hari kan. Semasa kami di sini ada pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan yang ditunjukkan.
Kereta kuda tu membawa kami ke bahagian Splendid Of China dulu. Menikmati keunikan bangunan2 mini yang dibina dengan begitu teliti sekali. Objek dan monumen bersejarah ini merupakan perkampungan yang terkenal yang terdapat di seluruh Negara China. Macam2 ada. Rasa macam nak pi melawat tempat2 bersejarah yang sebenar Negara China ni bila melihat replika yang direka seperti Great Wall Of China, Forbidden City, Terra Cotta Warriors and Horses, Old Summer Palace dan macam2 lagi boleh google ok. Terdapat juga rumah2 biasa yang terdapat di Bahagian Cultural Village yang menempatkan rumah suku kaum minoriti seperti Uighur, Monggol, Xian dan Tibet. Jom layan gambaq.....
Kat sini akak tertarik dengan landskap nya dan bonzai2 yang di gubahnya sungguh cantik dan menarik sekali. Kami menghabiskan masa lebih kurang 3jam kat sini. Makan bekalan tengahari di bawah pokok dan solat jamak zohor dan asar di sini. Kami solat dalam bilik persalinan budak. Alhamdulillah selesai tanggungjawab. Sesungguhnya mmg seronok berjalan jalan melihat alam semulajadi ciptaan yang Maha Esa. Selepas ini kami terus ke Window Of The World (WOW) yang terletak bersebelahan dengan taman tema ini. Ok lah hingga setakat ini dulu entry akak ni.....tgu ya akak sambung lagi jelajah WOW pulak. Ok then.....bye....
to be continue........