Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Hari ini kan hari jadi akak yang ke 51 tahun. Dah setengah abad dah kan. Pagi-pagi lagi ibu akak yang tercinta telah mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada akak. Ibu akak tu berumur 70 tahun dah. Dia pun dah tak ingat umur akak. Dia tanya umur akak berapa. Akak kata 51 tahun mak. Terima kasih lah mak sebab melahirkan chek kat dunia ni. Jika tak ada mak dan abah siapa lah chek sekarang ni. Tetapi abah akak dah lama meninggal dunia. Tinggal mak dan abah tiri je sekarang ni. Suasana sepi sebentar dalam talian telefon itu...terdengar suara mak menahan sebak begitu juga akak sebak dan airmata terus jatuh bercucuran bila terkenangkan pengucapan mak akak yang tercinta itu. Kami sama-sama sayu seketika....mengenang susah senang hidup kami dahulu. Ya lah akak bukan lah dari golongan keluarga yang berada. Dulu2 semasa kicik mmg hidup teramat susah kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tinggal pula bersama Oyang (Tok Abah) dan mak sedare. Mereka dah lama meninggalkan dunia ini.Sayu juga rasa hati ni orang-orang yang akak sayang semua nya telah pergi mengadap Ilahi. Jadi akak sedar di sini akak pun satu hari nanti akan pergi jua cuma masa je yang bakal menentukannya. Cepat atau lambat. Akak bersyukur dengan kehidupan akak sekarang yang sederhana. Cuma akak ingin memperbanyakan lagi ilmu aqirat dan banyak lagi akak perlu belajar sebelum terlambat. Ok lah ye cukup lah sampai di sini hingga bertemu lagi di lain coretan akak. Bye........