Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Semuga hari ini lebih baik dari semalam. Ok lah akak nak sambung lagi entry akak semasa akak kat Hong Kong ni. Lepas solat di Masjid Ammar tu kami semua berjalan kaki untuk ke Star Ferry. Nak naik ferry pulak kan. Berjalan kaki kat atas jambatan ni lebih kurang 15 minit juga baru sampai kat pengkalan ferry tu. Jangan lupa turun ikut sebelah kanan ok. Nama pengkalan ferry ni kalau tak silap akak Wan Chai. Jadi kami akan naik dari jeti ferry Wan Chai ke jeti ferry Tsim Sha Tsui. Tambang lebih kurang HKD2 guna octopus card je. Murah kan. Jika warga emas 60 tahun ke atas percuma. Hmm suami akak dah tertouch octopus card dia nak dpt percuma apa, bayar je le kan murah sgt tambang ni. Jom layan gambaq......
Naik ferry tu lebih kurang 15 ke 20 minit je kami sampai kat jeti ferry Tsim Sha Tsui. Keluar jetu tu kami ambil laluan ke kanan untuk ke Tsim Sha Tsui East Promenede area. Landmark pertama yang kami jumpa ialah The Clock Tower. Di belakang clock tower tu ada bangunan Cultural Centre yang merupakan museum seperti Space Museum dan Museum of Arts. Depa kata kalau hari Rabu masuk free. Kami pi hari Isnin. Tak leh le masuk percuma. Mmg kami x nak masuk pun sbb kami kejar masa ok. Kat sini byk tempat2 melepak untuk kita duduk santai2 sambil melihat keindahan laut dan bangunan pencakar langit yang nampak di sebelah pulau sana sepanjang Victoria Harbour ni. Kami teruskan perjalanan sepanjang jalan ke hadapan sehinggalah kami sampai di Avenue of Star. Kat sini punya la ramai pelancong asing. Avenue of Star ni adalah kawasan bertemakan pelakon2 dan artis terkemuka Hong Kong. Ada banyak plak tapak tangan artis di sini. Bila jalan tu kena tgk atas jalan yang ada Star tu ada nama2 artis Hong Kong yang terkenal. Akak ada jumpa juga artis yang akak kenal. Macam Jackie Chan, Bruce Lee dll lagi. Kami jalan terus hingga ke hujung tempat menunggu bas. Masa tu dah senja. Bangunan2 pun dah mula pasang lampu. Kami tak tunggu pun untuk tengok persembahan A Sympony Of Lights and Sound Show yang akan dipersembahkan setiap malam jam 8mlm. Tengok dalam TV je la.... Kami nak kejar masa nak pi Solat jamak Magrib dan Isyak di Masjid Kowloon. Jom layan gambaq.....
Kami tunggu bas kat sini untuk pi Masjid Kowloon. Banyak bas yang boleh naik kat sini tengok je papan petunjuk kat bus stop tu.
Kami naik bas no 87D. Bas akan berhenti betul2 didepan pintu masuk Masjid Kowloon tu bus stop no berapa akak dah tak ingat dah. Kena tgk2 juga nampak masjid ja turun la.
Kami naik bas no 87D. Bas akan berhenti betul2 didepan pintu masuk Masjid Kowloon tu bus stop no berapa akak dah tak ingat dah. Kena tgk2 juga nampak masjid ja turun la.
Masjid Kowloon ni terletak bersebelahan dengan Kowloon Park. Alamatnya 105, Nanthan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon.
Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak kami semua tunggu bas lagi untuk ke Mongkok pula. Naik bas no. 234X turun kat Shan Tung Street. Nak pi shopping kat Ladies Market yang terletak di Tung Choi Street. Semua pakat tak shopping lagi pun. Kami semua cari T Shirt I LOVE HK. Belambak ada. Mula2 masuk pintu Ladies Market tu pun dah ada dah. Pakat dok terpa pi beli 6 helai HKD100. Bila jalan2 lagi ke dalam tu harga t shirt tu HKD100 sembilan helai bak hang. Jadi jangan lah dok kalut nak beli awai2 na. Jalan2 survey dulu. Ada sapa2 yang terkena dak? Haaaaa.....dok agak dah ada yang terkena ni....nasib lah kan. Sbb nak cepat beli kan. Begitu juga dengan souvenir yang lain2 pun sama ja. Cermin kecik yang boleh buka tutup tu ada tulis Hong Kong tu. Mula2 HKD100 4biji. Bila jalan2 lagi dapat 10biji HKD100. Murah juga kan. Kena pandai lah menawar kat sini kan.
Biasa la kan tempat shopping ni mmg ramai orang la kan berduyun2 nak habaq bagi. Sampai tak selesa nak berjalan pun terhimpit2 macam kat Petaling Street tu la. Kami masuk kot depan terus kuar kat hujung lorong tu amik kanan ok. Pas tu dah nak balik hotel amik kanan jalan pi bas stop lagi. Naik bas pi Tsim Sha Tsui untuk balik ke hotel kami di Chung King Mansion. Banyak bas yang pi Nanthan Road tu akak dah tak igt no bas berapa pandai2 la hampa tanya cik google ye. Malam tu sampai hotel akak dan en somi cari nasi goreng seafood yang sedap kat bawah Chungking Mansion tu. Mahai bukan main harganya HKD68. Tapi marvellous sedap ok. Ok lah ye hingga disini dulu entry akak pada kali ni.....balik hotel nak berkemas lagi sbb sok kami dah nak check out pi ke Shenzhen pula....hai tarik beg lagi la nampaknya.....
to be continue......